May 18, 2024

Sejak kebelakangan ini kita melihat Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) milik DAP seolah-olah terumbang-ambing. Benarkah mereka ini ditolak ke sana ke mari atau sebenarnya lakonan semata-mata untuk meraih populariti di kalangan rakyat.

Apa perlu Pakatan Harapan (PH) menubuhkan sebuah jawatankuasa kononnya bagi menilai kedudukan MUDA dalam parti itu sedangkan desas desus mengatakan MUDA adalah parti yang ditubuhkan oleh DAP sendiri.

Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan bersama memaklumkan, jawatankuasa itu terdiri daripada empat orang iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad mewakili PKR, Steven Sim Chee Keong (DAP), Mohd Hasbie Muda (Amanah) dan Datuk Ewon Benedick (UPKO).

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini dilaporkan berkata, MUDA bersetuju menyertai PH sebagai antara parti komponen dalam gabungan bagi menghadapi PRU15 selain terbuka mengadakan perbincangan secara rasmi dengan Majlis Presiden PH.

Cuma persoalan mungkin timbul memandangkan PKR dikatakan tidak sebulu dengan parti Syed Saddiq tersebut. Drama banyak sangat dalam PH ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *