May 18, 2024

Ramai yang tidak perasaan dan tahu akan hubungan akrab antara pucuk pimpinan UMNO/BN. Telah terbukti sebelum ini walau apa jua perbezaan pendapat akhirnya diselesaikan dengan baik di meja rundingan dalam meletakkan rasa hormat antara pimpinan dan ukhwah yang cukup kuat antaranya.Tumpuan YAB PERDANA MENTERI adalah meletakkan kembali negara Malaysia ke landasan yang betul dari segi pembangunan ekonomi dan sosial rakyat.

Kekuatan dan kelebihan YAB Perdana Menteri DS Ismail Sabri dikenali sebagai seorang pemimpin yang amat tenang dan tidak mudah melatah. Beliau memiliki satu sikap dimana tidak perlu mengkritik lawan untuk membuktikan beliau betul atau lebih baik. Beliau tidak perlu membandingkan apa yang parti-parti lain lakukan(ketika berkuasa) untuk membuktikan apa yang beliau lakukan hari ini merupakan keperluan dan keutamaan hanya untuk rakyat dan negara.

Sikap mendengar dan membuat keputusan setelah pelbagai pandangan dan teguran menjadi kekuatan YAB PM hari ini sehinggakan setiap dasar dan perlaksanaan KELUARGA MALAYSIA boleh dan telah mula diterima oleh seluruh rakyat.

Merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke yang menyatakan kenyataan YAB PM “flip flop” dalam soal pembubaran parlimen nampaknya jauh dari pemahaman sebenar yang seharusnya dilihat dengan lebih mendalam dan cermat oleh seorang setiausaha agung parti. Ternyata bahasa  YAM PM DS Ismail Sabri mengikut Perlembagaan Negara dan several tidak akan mendahului YDP AGONG.

Dalam dua majlis dan program utama UMNO iaitu PAU 2021 dan Konvensyen BN yang berlangsung 1 Jun lepas dengan konsisten dinyatakan oleh YAB PM iaitu pembubaran parlimen tidak akan ditangguhkan setelah BN bersedia. Istilah “Bersedia” itu subjektif dan luas pengertiannya. 

Nampaknya Anthony cuba untuk meneka dan mahukan kepastian dalam soal ini dengan bentuk provokasi yang seperti dijangka disamping cuba menganggu-gugat hubungan antara pimpinan UMNO/BN. 

Tenyata teka-teki dalam soal pembubaran parlimen ini mampu menyebabkan pembangkang tidak senang duduk dan kepanasan. Itulah kelebihan yang ada pada seorang Perdana Menteri yang mewakili UMNO hari ini.

Dan seharusnya kita Keluarga Besar BN menggunakan  kelebihan yang ada pada kita ini untuk mempersiapkan pelbagai lapis jentera di semua peringkat tanpa perlu termakan dengan mainan pembangkang yang makin terdesak.

Pesanan saya ialah agar Anthony Loke tidak mencampuri urusan dalaman UMNO/BN kerana provokasi atau adu-dumba pembangkang khususnya DAP telah terbukti gagal memecahkan kesatuan dan kebersamaan kepimpinan UMNO/BN walau dengan apa jua percubaan dan rekayasa fitnah sekali pun.

DATUK SYED MOHD FAZMI BIN SAYID MOHAMMAD

Setiausaha Politik Kepada YAB PERDANA MENTERI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *