May 18, 2024

Jika kerajaan Pas Terengganu tiba-tiba mengumumkan mereka berhasrat untuk laksanakan hukuman sebat di depan khalayak ramai, kenapa tidak jadikan “hudud” sebagai manifesto utama di pilihanraya kecil Kuala Kubu Baharu?

Inilah masa yang sebaiknya dan paling sesuai bagi PAS dan PN untuk lancarkan kempen hukum hudud di Selangor bagi pilihanraya negeri akan datang. Beranikah PAS dan PN umumkan di Kuala Kubu Baharu? Jawapannya, mereka tidak berani.

PAS “test market” di Terengganu dengan harapan, pengundi Melayu Islam di Kuala Kubu Baharu melihat dan menilai betapa PN adalah gabungan parti politik terpaling Islamik. Begitu mudah untuk membaca strategi PAS kerana itu sahaja modus operandi pilihanraya yang mereka ada, menunggang isu agama selagi boleh bagi mencapai matlamat meraih undi.

Tiba-tiba sahaja cadangan laksanakan hukuman sebat di khalayak ramai muncul dengan tiada perbincangan dibuat antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Percayalah selepas habis pilihanraya kecil Kuala Kubu Baharu, isu hukuman ini tidak lagi kedengaran. Dan jika ada sekali pun, nadanya mungkin berbeza.

PAS tahu untuk melaksanakan hukuman sebat di khalayak ramai ini turut melibatkan agensi persekutuan seperti pihak PDRM bagi tujuan penahanan dan jabatan penjara bagi tindakan pemenjaraan pesalah.

Malah PAS tahu ianya perlukan kepada pindaan menyeluruh undang-undang sediada termasuk kuasa di peringkat persekutuan dan kerajaan negeri.

Rakyat sepatutnya sedar, ketika PAS dan PPBM menjadi kerajaan, mereka juga berkuasa di Terengganu dan ketika itu tidak kedengaran pun cadangan seperti Hudud, hukuman sebat, RUU355 dan apa sahaja yang terkait dengan hukum Islam.

Kesemua itu hanya berbunyi di pentas ceramah politik apabila berlakunya pilihanraya umum, negeri dan pilihanraya kecil sahaja.

Ingin dapatkan undi Melayu Islam bukan dengan “menunggang Islam” tetapi dengan membantu mereka keluar dari garis kepayahan hidup tanpa mengharapkan ehsan dari bantuan kerajaan pusat.

Sebaiknya PAS Terengganu mengambil serius skandal Adun Kemasik dengan isteri orang dan juga isu beliau yang didakwa terkait dengan skandal penipuan PENJANA-PERKESO. Kenapa pengakuan saksi yang teraniaya dinafikan?

Beranikah PN jadikan pilihanraya kecil Kuala Kubu Baharu sebagai pemula kempen laksana hudud di Selangor? Atau Isyarat yang dihantar dari Terengganu hanyalah “sembang kari”!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *