May 18, 2024

Perikatan Nasional memasuki gelanggang pilihanraya kecil Kuala Kubu Baharu bagaikan hilang arah.

Segalanya tidak menjadi. Bermula dengan soalan nakal dari netizen yang bertanyakan tentang kelulusan peringkat sarjana, “Master Eksekutif” calon PN. Jawapan pantas yang diberikan oleh ahli Parlimen Pas Pasir Mas Kelantan, Fadhli Shaari memakan diri sendiri. Fadhili menjawab dengan soalan dan bukan menerangkan apa itu program “Master Eksekutif” yang dibuat oleh Universiti Malaysia Pahang.

Fadhili tersalah langkah apabila menyerang calon Pakatan Harapan dengan bertanyakan beliau bersekolah di mana dan keputusan UPSR serta SPM.

Fadhili termalu apabila calon PH menjawab bahawa beliau memperolehi keputusan “A” di kesemua subjek yang beliau ambil termasuk Bahasa Malaysia. Malah sekali lagi netizen mengasak Fadhil yang juga bekas Ketua Pemuda PAS Malaysia supaya mendedahkan pencapaian akademik beliau pula. Sehingga ke hari ini, Fadhili tidak memberi sebarang jawapan tetapi terus menyerang calon PH dengan kononnya soalan beliau tentang keputusan UPSR dan SPM calon PH telah mendedahkan Pang Sock Tao adalah bekas pelajar sekolah jenis kebangsaan(Cina).

Poster di bawah sedang viral dan anda boleh baca dari pemilik akaun “Roslan Mohammad”. Benar atau tidak maka Fadhli Shaari perlu jawab.

Mungkin Fadhli Shaari ingat beliau telah berjaya “membongkar” satu rahsia Pang seolah belajar di SRJKC adalah suatu perkara yang buruk pada pandangan masyarakat. Fadhil Shaari lupa, salah seorang cucu kepada Hadi Awang, Presiden PAS adalah pelajar di SRJKC di Terengganu.

Tidak terhenti di situ sahaja, Pas melalui portal internet Harakah, saban hari menyerang calon PH dengan isu yang terlalu remeh. Dari isu yang dibawa oleh Fadhil sehinggalah isu kegugupan calon PH menjawab soalan di hadapan wartawan apabila ditanya secara spontan. Akhbar Harakah yang mempunyai kes berhutang dengan kilang percetakan ini lupa bahawa calon PN juga gelabah apabila disoal tentang kelulusan akademiknya sendiri.

Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh YB Pas dan portal pro mereka ini memberi impak buruk kepada calon PN. Mereka bukan sahaja tidak berusaha mempromosi calon PN tetapi gagal merosakkan imej calon PH.

Rakyat Kuala Kubu Baharu ingin tahu apa yang bakal diperjuangkan oleh calon PN dan bukannya menjadikan beliau sebagai seorang YB yang hanya berfungsi sebagai “ADUN Tambahan” di Sidang DUN Selangor kelak.

Kesinambungan usaha mendiang YB Lee Kee Hiong dari Pakatan Harapan terhadap rakyat Kuala Kubu Baharu amat penting.

Jika usaha mendiang selama ini dinafikan oleh pengundi Kuala Kubu Baharu pada pilihanraya kecil nanti maka kesannya adalah kepada rakyat Kuala Kubu Baharu itu sendiri dan terpaksa menunggu lagi 4 tahun jika silap memilih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *