May 19, 2024

Hantaran penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Instagram Story (IGs) menuai pelbagai persoalan dan andaian daripada netizen mengenai hubungan rumah tangganya dengan suami, Datuk Seri Khalid Jiwa.

Antara hantaran itu adalah mengenai bagaimana layanan seorang suami kepada isteri, ujian terbesar isteri dan enam alasan kenapa suami tidak boleh membentak isteri.

Hantaran-hantaran itu seterusnya menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen terutamanya di platform X.

“Itulah. Tapi, dia pun dah padam hantaran itu. Mungkin ada orang yang dia kenal sedang berhadapan dengan masalah rumah tangga. 

“Jadi dia berkongsi hal itu. Semoga baik-baik sahaja untuk Siti Nurhaliza sekeluarga,” tulis satu netizen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *