May 18, 2024

Dapat dilihat di laman TikTok baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay ada memuat naik video memaparkan dirinya sedang menikmati burger di sebuah hotel mewah.

Melalui video yang dimuat naik, Liyana kelihatan berselera makan juadah burger tersebut di tepi koleh sebuah hotel mewah.

Pelakon terbabit turut memaklumkan bahawa dia juga sudah lebih 16 jam tidak tidur kerana terlibat dalam sesi penggambaran.

Video terbabit meraih perhatian pengguna di TikTok susulan Liyana sama sekali tidak takut untuk memuat naik video tanpa memakai filter dan memaparkan wajah ‘neutral beauty’.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen memuji keyakinan pelakon terbabit dan dianggap tidak ‘fake’ kerana menunjuk wajahnya yang sebenar.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 36,000 tanda suka dan sebanyak 1.7 juta tontonan daripada pengguna TikTok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *