May 18, 2024

Bahagian ll

Apabila Al-Sultan Johor, Tuanku Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah mengesyorkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Petronas melapurkan terus kepada baginda maka ada pihak yang mula ‘berbunyi’ dengan bersandarkan kandungan perlembagaan negara berkait dengan tugasan Raja Berperlembagaan dan kerajaan persekutuan.

Gempita juga dengarnya dan ada pihak seperti tidak bersetuju mula sinis jelek menggunakan media sosial sebagai tempat ‘melontar batu’. Malah ada juga secara terang-terang cuba mengajak rakyat jelata untuk “tidak bersetuju” dengan titak syor baginda itu.

Namun lebih ramai rakyat jelata yang menyokongnya kerana titah ini adalah untuk membantu menaikkan nama negara secara langsung di mata dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang memandang serius jenayah rasuah. Pelabur yang berskala besar tidak menggemari negara yang suhu rasuahnya menggila.

Sokongan rakyat jelata amat perlu supaya kes yang melibatkan ahli politik dan golongan tertentu misalnya tiada lagi unsur ganggu gugat.

Bayangkan jika ada kes rasuah yang melibatkan pemimpin politik samada yang berjawatan penting dalam parti politik atau sekadar wakil rakyat biasa. Biasanya timbul rasa kurang senang di mata rakyat apabila kes yang terkait dengan golongan ini seolah-olah ada kekangan bagi pihak berkuasa dalam menjalankan tugas bermula dari awal siasatan lagi.

Tuanku Ibrahim mungkin telah nampak perkara sebegini sejak dahulu lagi. Walaupun badan tersebut sifatnya berkecuali tetapi apabila berhadapan dengan kes yang melibatkan pemimpin politik ianya tidak seperti kes ke atas individu atau rakyat biasa.

Rakyat ingin melihat keadilan dan kesamarataan tertegak dan di sinilah asas utama titah pengesyoran Tuanku Ibrahim.

“Sejak zaman moyang saya, kami pemburu hebat. Beta akan pastikan apabila pergi memburu, beta bawa pulang hasil yang baik.

Tetapi apabila beta di KL, ia hutan konkrit. Jadi apa yang beta buru?

Beta akan buru semua orang yang korup, beta akan pastikan akan ada hasil” – titah Sultan Ibrahim

Bersambung; 4 Golongan yang begitu berkuasa di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *