May 18, 2024

Semakin mendekati tarikh penamaan calon bagi kerusi Parlimen Kemaman, semakin kuat gema suara desakan kononnya Mahathir adalah calon terbaik bagi PAS Terengganu untuk bertanding di kerusi tersebut.

Alasan “terpaling kukuh” yang diberikan oleh penyokong adalah Mahathir mempunyai strategi untuk meruntuhkan kerajaan Madani jika beliau menjadi ahli Parlimen.

Sebenarnya yang kuat mencanang dan melancarkan propaganda kononnya Mahathir adalah calon paling layak datangnya dari kem penyokong Mahathir dan ahli PAS “pokka angguk” yang hanya menggangguk bersetuju apa saja keluar dari mulut pemimpin mereka dan warga angguk di dalam PAS ini terlalu ramai. Pemimpin PAS perlukan golongan “pokka angguk” ini supaya mereka boleh dipergunakan sepanjang hayat. Golongan ini terlalu cetek pemahaman tentang politik negara.

Alasan kedua kenapa Mahathir terpaling layak adalah kononnya Mahathir tahu kelemahan Anwar dan PMX begitu takut dengan Mahathir jadi ianya satu kelebihan apabila Mahathir berada di dalam parlimen.

Mudah penyokong PAS dibodohkan oleh kem Mahathir seolah jika Mahathir tidak menjadi ahli Parlimen maka kerajaan Madani tidak akan runtuh. Mahathir tidak akan mendedahkan strategi bagaimana untuk meranapkan kerajaan Madani jika beliau tidak menjadi ahli parlimen?

Sebenarnya cara Mahathir sudah boleh dibaca. Beliau hanya berpaut kepada dahan yang kukuh untuk kepentingan peribadi. Mahathir sanggup melutut kepada DAP dan Anwar sebelum PRU14 adalah kerana inginkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri. Kini fokus beliau adalah PRU16, perancangan yang sama cuma mempertaruhkan nasib di pihak yang berbeza.

Mahathir akur beliau tidak mampu menang dengan parti politik ciptaannya sendiri, beliau perlu mempergunakan kekuatan jenama parti politik selain UMNO-BN dan PKR atau Pakatan Harapan ketika ini.

Mahathir hanya pentingkan dirinya sahaja. Tidak perlu bersusah payah untuk mengurus partinya sendiri, kekuatan beliau adalah melobi. Samada melobi dengan air liur atau dengan sumber kewangan, hanya masa akan membongkarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *