May 18, 2024

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kegiatan penipuan oleh sebuah syarikat pembekalan di Kedah yang dipercayai menyebabkan kepincangan pengedaran dan penjualan beras di negara ini, sebelum ini.
Menurut sumber, syarikat terbabit telah mendapat kontrak pembekalan beras daripada sebuah syarikat pertanian milik kerajaan negeri bernilai lebih RM100 juta setahun kira-kira tujuh tahun lalu bagi pembekalan beras di Semenanjung Malaysia.” – Laporan Astroawani bertarikh 9 Okt 2023.

“Menurut sumber itu, pengarah syarikat berkenaan disyaki telah berpakat dengan seorang ahli lembaga pengarah syarikat milik kerajaan negeri bagi mengesahkan pembelian dan penghantaran 28,000 tan metrik beras setahun, namun pembekalan itu tidak dibuat” Laporan dari Malaysiakini yang diambil dari Bernama pada 9 Oktober 2023.

Melihat kepada kandungan laporan berita dari portal berita internet tersebut, tiada satu pun ayat atau perkataan yang menuduh bahawa anak syarikat kerajaan negeri yang terlibat. Apa yang didedahkan oleh SPRM adalah “seorang ahli lembaga pengarah syarikat milik kerajaan negeri” yang didapati berpakat dengan pengarah syarikat yang mana syarikatnya memperolehi kontrak pembekalan beras.

Laporan ini jelas dan terperinci serta mudah difahami oleh rakyat Malaysia.

Kenapa Sanusi tiba-tiba tampil membuat sidang media dan beliau sendiri tidak menamakan akhbar mana atau portal internet mana yang membuat laporan tergantung. Malah Sanusi juga membuat gambaran yang teramat salah apabila menyebut “atas kehendak siapa saya pun tak tau”. Kenyataan ini seolah ingin membina persepsi jahat kepada “siapa”?, Sanusi perlu perjelaskan.

Dua contoh laporan yang diberikan di atas tidak menampakkan laporan berniat jahat dan pihak BERNAMA sendiri ada menghubungi Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Lebih baik Sanusi memberikan kerjasama kepada pihak SPRM sepenuhnya. Mana-mana pihak yang membuat fitnah, terus saman tanpa menimbulkan rantaian persepsi.

Panas ok, jangan koyak!

Video: MG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *