May 18, 2024

Malam tadi di ceramah kempen pilihanraya kecil bagi DUN Pelangai, Muhyiddin meneruskan naratif PN bahawa jika calon mereka menang maka ada kemungkinan boleh berlaku pertukaran kerajaan negeri.

Dengan hanya bersumberkan desas-desus di kalangan media, Muhyiddin cuba meyakinkan pengundi Pelangai bahawa kemungkinan terdapat 4 orang wakil rakyat dari kerajaan negeri Pahang akan menyertai PN jika calon mereka menang. Muhyiddin tidak menyebut dari parti mana dan siapakah wakil rakyat tersebut.

Ketagihan ingin berkuasa dengan cara ‘tebuk atap’ nampaknya masih kuat di dalam pemimpin PN. Sehinggakan cerita “wakil rakyat lompat” juga dijadikan bahan kempen untuk meyakinkan pengundi Pelangai agar memilih mereka.

Ketagihan Muhyiddin tersebut makin ketara apabila beliau dengan bangganya mengumumkan Tuan Ibrahim sebagai calon Menteri Besar Pahang dan menegaskan bahawa kedudukannya lebih tinggi dari Presiden PAS, Hadi Awang di dalam ranking jawatan Perikatan Nasional(PN).

Muhyiddin juga ‘menjual mimpi’ kepada warga peneroka berhubung pembangunan bagi kawasan FELDA di situ. Beliau menyentuh isu perumahan generasi kedua sedangkan Adun BN Pelangai terdahulu, arwah Datuk Seri Johari Harun sedang melaksanakan pembinaan 600 lebih unit rumah, menubuhkan tahfiz quran, menaikkan taraf jalanraya dan pelbagai kemajuan di kawasan DUN tersebut.

Pengundi Pelangai, jika silap pilih, hanya calon PAS sahaja yang hidup senang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *