May 19, 2024

Pembangkang sudah hilang punca sejak kalah di pilihanraya kecil Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram tempohari. Kekalahan yang memalukan kerana naratif yang pembangkang bawa ketika pilihanraya di 6 negeri tidak seperti yang mereka jangkakan. Menggunakan ‘kes Zahid’ tidak menjadi dan pengundi di Johor tidak termakan dengan umpan murahan tersebut termasuk dengan dalil dan nas karut yang mereka tafsirkan tidak dapat diterima oleh pengundi di sana.

Untuk menutup malu, mereka menekan Perdana Menteri tampil dan menjelaskan di sesi parlimen kali ini walaupun sesi ini adalah khusus kepada perbahasan berhubung dengan Rancangan Malaysia ke-12. Daripada penumpuan kerajaan Madani kepada permasalahan rakyat, pembangkang cuba membina naratif mewujudkan ‘mahkamah’ untuk membicarakan isu Zahid.

Apa yang pembangkang rancang termasuk hari ini tidak menjadi. Perdana Menteri dengan tegas menyelar pembangkang yang tidak sedar diri bahawa merekalah yang sebenarnya mengamalkan pendakwaan terpilih ketika mereka berkuasa termasuk kes Shahidan Kasim yang didakwa mencabul gadis di bawah umur.

Kes Zahid mudah difahami dengan jelas.

Bayangkan asalnya adalah 87 pertuduhan dengan 77 kali Zahid berulang ke mahkamah dan Zahid menang 40 pertuduhan di mahkamah Shah Alam.

Baki 47 pertuduhan dilepas tanpa dibebaskan di mahkamah Kuala Lumpur dan dari 47 pertuduhan tersebut hanya 8 pertuduhan rasuah dan ketika saksi dipanggil oleh pihak pembela, kesemua saksi hairan kenapa dikatakan rasuah sedangkan sumbangan yang mereka berikan adalah untuk kegunaan pembinaan masjid, tahfiz dan termasuk kepentingan program Islam yang lain.

Kenapa pembangkang masih cuba sembunyikan kebenaran kes Zahid?

Jawapnya mudah, pilihanraya kecil di DUN Pelangai di Bentong, Pahang bakal diadakan pada 7 Oktober depan berikutan penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun meninggal dunia selepas terbabit nahas pesawat di Elmina, Shah Alam bulan lalu, yang turut mengorbankan sembilan yang lain. Pembangkang khususnya Perikatan Nasional sudah tidak mempunyai apa-apa isu untuk menyerang Kerajaan Madani apabila Peguam Negara sendiri memberikan alasan yang terlalu kukuh kenapa kes Zahid perlu dihentikan segera.

Pembangkang juga hilang momentum untuk terus menerus memburukkan imej UMNO-Barisan Nasional dan hasrat mereka naratif jahat ini akan berterusan sehingga kepada pilihanraya umum ke-16. Tetapi semakin hari konspirasi yang begitu terancang ini semakin nampak kecelaruannya. Pembangkang menampakkan diri mereka lebih kepada gila kuasa dan bukan lagi memberi keutamaan kepada rakyat.

Kes anak pemimpin mereka terlibat di dalam skandal rompakan minyak masak paket dan kes menantu pemimpin utama mereka lari sebelum sempat ditangkap juga gagal ‘disorok di bawah karpet’. Malah skandal rompakan wang rakyat di bawah program Janawibawa juga telah mencemarkan imej mereka di samping banyak lagi kes rasuah yang bakal mengheret pemimpin mereka ke mahkamah. Kerana inilah mereka mengejar waktu dan berusaha menumbangkan kerajaan Madani bagi membersihkan diri mereka daripada didakwa mencuri ratusan juta ringgit duit rakyat.

Kini hanya tinggal satu sahaja lagi bahan yang mereka boleh jadikan modal untuk takutkan rakyat, “menjual cerita neraka”!

Rujuk 11 alasan pihak pendakwa:-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *