May 18, 2024

Pada PRU14, calon Perikatan Nasional, Mazri Yahya pernah bertanding di kerusi yang sama. Beliau kalah dan hilang wang deposit.

Ketika itu beliau bekerja sebagai doktor pakar juga dan sekarang pun masih bekerja di hospital swasta yang sama. Selepas kalah teruk beliau hilang terus dari kawasan atau Dun Simpang Jeram kerana beliau bukanlah anak jati kawasan tersebut.

Beliau tinggal di Johor Baharu dan tidak pernah menetap termasuk menyewa atau bermukim di Dun Simpang Jeram.

Sekarang beliau menggunakan alasan bahawa beliau diarahkan oleh Pas Pusat untuk bertanding dan sekali lagi menggunakan gelaran doktor yang disandangnya sebagai modal berkempen.

Jika berhati mulia, kenapa tidak teruskan kerjaya di hospital kerajaan. Berkhidmat untuk rakyat marhein dan bukannya seperti sekarang bertugas di hospital swasta dengan bayaran gaji yang mahal dan hanya sebulan sekali datang berkhidmat di hospital kerajaan?

Berpolitik hanya kerana arahan dari punca kuasa utama dan bukannya kerana jiwa berkhidmat kepada rakyat bakal mengundang ‘wakil rakyat makan gaji buta’ yang mana segala permasalah rakyat bakal tidak menjadi keutamaan.

Adakah beliau akan berhenti terus dari menjadi doktor pakar untuk hospital swasta yang memberikannya gaji yang lebih mahal dari elaun wakil rakyat Dun atau bekerja sebagai wakil rakyat dan juga mengekalkan kerjayanya sekarang?

Sanggupkah beliau tinggalkan dewan bedah apabila rakyatnya di dalam kesukaran ditimpa bencana?

Berpolitik mengejar jumlah kerusi untuk keegoan parti politik bukan satu jalan penyelesaian mudah kerana akhirnya rakyat di kawasan tersebut bakal memperolehi “wakil rakyat on-call” sahaja.

Melihat kepada kelayakan yang Masri sedang gigih edarkan kepada rakyat Simpang Jeram bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan atau digunakan untuk faedah bersasar kepada rakyat kawasan tersebut. Kelayakan untuk menjadi Vascular Surgeon memang layak tetapi bukannya kelayakan untuk menjadi ADUN Simpang Jeram.

Kesinambungan Adun kawasan dengan pentadbiran negeri adalah faktor penting kepada rakyat di Simpang Jeram kerana bakal turut berada di dalam radius perhatian kerajaan negeri seperti sebelumnya.

Perlukah rakyat Dun Simpang Jeram turut menjadi pembangkang seperti calon PasPN?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *