May 18, 2024

Oleh Fatima

PAS ‘menunggang agama” bagi menipu rakyat agar mengundi mereka. Itu sudah kita tahu. Perkara yang ramai lagi tidak tahu berkenaan PAS ini adalah negeri yang mereka perintah tidak akan mengharamkan aktiviti perjudian atau menyekat penjualan arak.

PAS telah memerintah Kelantan lebih dari 30 tahun namun mereka tidak menjadikan Kelantan sebagai negeri Islam sebagaimana yang diwar-warkan. Arak dan judi masih lagi berleluasa. Rakyat Kelantan paling ramai dijangkiti HIV. Begitu juga isu anak luar nikah.

Di mana logiknya pemerintahan PAS adalah pemerintahan Islam apabila mereka gagal menjaga moral rakyat yang mereka jaga.

Bukan sahaja rakyat jagaan PAS bermasalah, malah pemimpin-pemimpin PAS juga ramai yang terpalit dengan masalah moral, berzina dengan isteri orang, salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya.

Salah seorang calon Gerakan di Pulau Pinang memberi jaminan bahawa PAS tidak akan bertindak untuk mengharamkan aktiviti perjudian atau menyekat penjualan arak di negeri itu jika PN menjadi kerajaan selepas 12 Ogos ini.

Andrew Ooi berkata dasar itu akan kekal selagi Gerakan menjadi sebahagian daripada komponen PN dan gabungan itu diberi mandat menjadi kerajaan Pulau Pinang.

Apa yang Andrew gagal fahami adalah PAS bukan agama. Islam itu bukan PAS kerana PAS adalah parti politik yang “menunggang agama”. Oleh itu, sudah tentu arak dan aktiviti perjudian tidak akan diharamkan. Dan yang paling penting, ianya tidak diharamkan bukan kerana parti Gerakan berada dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) kerana Gerakan bukan parti yang PAS hormati pun.

Insiden PAS halau Dominic Lau baru-baru ini dilihat bukti nyata PAS tidak “value” kewujudan Gerakan dalam gabungan PN.

Apa yang akan berlaku jika PAS memerintah? Kemunduran dan kedaifan sudah sinonim dengan pentadbiran parti itu. Mereka hanya tahu “mencuri” tanah rakyat untuk diberikan kepada isteri dan kroni-kroni mereka sahaja.

Oleh itu, rakyat diminta jangan undi PAS, jangan pangkah PAS kerana anda akan disoal diakhirat kelak atas tindakan tersebut. PAS tidak layak memerintah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *