May 18, 2024


SESUNGGUHNYA syurga dan neraka itu milik Allah s.w.t. Dua tempat ini bukan hak milik mutlak parti PAS. Agama Islam bukan PAS. Komponen Perikatan Nasional (PN) itu hanya sebuah parti politik yang “menunggang” agama untuk kepentingan parti mereka.

Oleh itu, tindakan seorang guru agama dari PAS memberi amaran kepada pengundi supaya mengelak daripada makan kenduri dianjurkan Umno atau “masuk neraka” dilihat sekali lagi melampaui batasan Islam.

Perkara tersebut didedahkan oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin calon DUN Sungai Dua Pulau Pinang . Beliau mendengar sendiri perkara tersebut ketika hadir kenduri dibuat penduduk.

Ustaz PAS tersebut dari Tasek Gelugor. Dakwaan ustaz itu telah mencetuskan kemarahan penduduk kampung.

Persoalannya, sesatkah PAS apabila mengeluarkan kenyataan berkenaan syurga dan neraka.

Berapa banyak lagi perkara bertentangan dengan Islam yang pemimpin PAS putar belitkan sehingga merosakkan akidah akan “disuap” kepada penyokong mereka?

Perlu kita tahu, penyokong PAS bersifat wala’ ya g salah dan fanatik pada pemimpin mereka . Segala kata-kata pemimpin PAS akan mereka terima bulat-bulat tanpa dipersoalkan.

Jika pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang tidak serius membendung ceramah-ceramah yang bersifat ajaran sesat ini maka Islam akan dihina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *