May 18, 2024

Oleh Lea Azalea

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Gambaran peribahasa itu boleh dikaitkan dengan Mohd. Rafiq Abdullah yang kini menjadi tumpuan pihak media.

Sebagai muka baru yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.13 Kuang, Rafiq masih belump dikenali sebahagian besar penduduk kawasan itu.

Apatah lagi beliau yang juga Ketua Bersatu Bahagian Sungai Buloh dianggap orang luar bagi penduduk setempat.

Pada pengamatan penulis, aktiviti kempen Rafiq dilihat sendu kerana tidak banyak media membuat liputan mengenainya.

Ini kerana beliau amat berhati-hati memilih media untuk turut serta dalam aktiviti kempen diadakannya.

Sehingga satu tahap telefon bimbit petugas media diperiksa oleh anaknya yang bertindak sebagai pembantu peribadi beliau.

Petugas media perlu mengesahkan mereka bukan dari media calon lawan sebelum dibenarkan mengikuti program kempen pihaknya.

Dalam politik, beliau harus berjiwa besar dan terbuka kepada semua kritikan dan bukan hanya mahu mendengar perkara yang baik sahaja.

Laporan positif mahupun negatif, semua ada impak tersendiri.

Justeru, liputan harus diberi secara adil kepada semua pihak media termasuk daripada pasukan media pihak lawan.

Persoalan timbul, jika rekod beliau bersih, mengapa takut untuk didekati pihak media?

Mungkinkah ada sesuatu yang mahu dirahsiakannya daripada terlepas ke tangan pihak media?

Justeru,langkah berhati-hati yang terpaksa diambilnya adalah menapis pihak media mana yang boleh membuat liputan aktiviti harian kempen pilihan rayanya.

Ini hanya Rafiq yang boleh menjawabnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *