May 18, 2024
Hantaran Sallehudin Amiruddin dalam akaun Facebooknya baru-baru ini.

Oleh Lea Azalea

“Tidak salah mencuba!
Kuasa Rakyat tiada siapa tahu.”

Itu hantaran kenyataan Sallehudin Amiruddin dalam akaun Facebook.

Penulis tertarik untuk mengaitkan keyakinan beliau kembali merebut jawatan ADUN Kuang

Sallehudin dilihat membuat keputusan mengejut apabila saat akhir menyerahkan kertas penamaan calon untuk bertanding kerusi DUN N.13 Kuang.

Tindakan beliau memasuki bangunan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan masa berbaki 11 minit sebelum penamaan calon ditutup menimbulkan persoalan.

Adakah bekas ADUN Kuang itu benar-benar ikhlas untuk kembali berkhidmat kepada rakyat?

Jika ya, kenapa tindakan beliau tidak seperti dua lagi calon bertanding iaitu Datuk Hasnal Rezua Merican (BN) dan Mohd Rafiq Abdullah (PN)?

Selain dua calon bertanding kerusi DUN N.13 Kuang itu datang awal, mereka juga diiringi ribuan penyokong parti masing-masing.

Sallehudin yang hadir tanpa penyokong parti dilihat bersendirian berjuang di medan ‘perang’.

Justeru, apa jaminan beliau untuk membela nasib penduduk Kuang jika beliau sendiri tidak berteduh di bawah ‘payung’ kukuh?

Apa niat sebenar Sallehudin bertanding jawatan tersebut?

Desas-desus mengatakan Datuk Azman Yaakob menaja Sallehudin bertanding dengan tujuan kacau undi.

Ia dipercayai rentetan rasa tidak puas hati Azman yang juga Ketua Bersatu Bahagian Selayang tidak dicalonkan bertanding kerusi itu di bawah Parlimen Selayang.

Jika itulah tunjang perjuangan Sallehudin maka beliau umpama menggali kubur sendiri.

Sallehudin perlu menilai diri jika masih relevan kerana tinjauan dalam Facebooknya rata-rata menolak beliau.

Berikut antara petikan komen netizen berkait hantaran Facebook beliau.

Herman Haassan
Jangan buang masa tenaga dan wang ringgit bang

Andika Pratama Schafique
Paling silap lagi jika kita terbagi kuasa pada orang yang tak reti bersyukur. Dah dipilih jadi YB pun sibuk dok kondem sana sini dalam FB.
Sepanjang 5 tahun dok sibuk selak kain parti lain. Itulah silap paling besar rakyat satu ketika dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *