May 18, 2024

Pengguna internet pernah dikejutkan dengan foto yang dimuatnaik di Facebook menunjukkan imej cahaya misteri dari dalam Sungai Thames, London.

Juliana Asayevich telah memuatnaik foto itu dalam komuniti penduduk tempatan Canary Wharf sambil bertanya tentang cahaya aneh tersebut.

Orang ramai yang melihat foto itu terkejut dan tertanya-tanya tentang penampakan cahaya misteri berkenaan, hingga ramai yang mendakwa ia adalah daripada makhluk asing.

Seorang lagi netizen berkata, cahaya itu mungkin merupakan objek terbang tidak dikenali (UFO), manakala sebilangan pengguna lain berjenaka dengan memberitahu bahawa ia mungkin karakter daripada siri animasi popular Pixar, Nemo.

Sambil itu, ada yang berkata ia adalah daripada sebuah kapal selam, atau basikal yang dibuang dalam sungai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *