May 18, 2024

STRATEGI lapuk pihak lawan menjadikan apa sahaja isu untuk merosakkan hubungan antara Zahid-Anwar, Zahid-Najib dan UMNO-PKR di dalam Kerajaan Pusat, Kerajaan Madani.

Musuh UMNO-PKR menunggu ‘keputusan’ pengampunan Najib untuk dijadikan isu supaya berlaku kekeliruan sesama ahli UMNO dan meretakkan hubungan antara penyokong UMNO dan PKR.

Kenapa musuh bersungguh menjadikan isu pengampunan ini sebagai “salah Zahid”?

Jawabnya mudah, pilihanraya negeri semakin hampir dan negeri-negeri yang dikuasai oleh PAS dikatakan bakal bertukar kuasa. Terengganu dan Kedah dalam keadaan goyang kerana kerajaan Pas di negeri tersebut dilihat gagal menjaga kemakmuran rakyat. Isu air bersih dan isu dana khas untuk rakyat gagal disempurnakan.

Di Kelantan pula, Pas gagal selama 30 tahun menjaga kebajikan rakyat malah isu bekalan air kotor dan ketiadaan air menjadi topik utama bualan dan keresahan rakyat. Kenduri gagal disempurnakan, wuduk juga menjadi masalah besar dan ada juga kes sukar mandikan jenazah.

Jika diamati, kenapa isu pengampunan tidak disuarakan oleh pemimpin mereka dan hanya dimainkan oleh pengikut setianya sahaja?

Mudah jawapannya, kerana pemimpin mereka tahu bagaimana tatakelola pengurusan permohonan pengampunan di Raja. Prosesnya sedang berjalan mengikut prosedur yang ditetapkan tetapi musuh politik UMNO-PH sengaja menampakkan seolah-olah Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO tidak bersungguh di dalam isu tersebut.

Bukan sahaja isu pengampunan, isu kehadiran rakyat Kedah di majlis Hari Raya Aidil Fitri anjuran Kerajaan Pusat juga diputar belitkan dengan pelbagai persepsi. Kepimpinan utama PN sendiri menyerang kononnya membazirkan wang rakyat sedangkan mereka juga menganjurkan majlis yang sama untuk rakyat di peringkat negeri.

Terkini, jumlah kehadiran rakyat Kedah di majlis raya Kerajaan Madani juga dimanipulasi kononnya angka hadir begitu sedikit berbanding dengan kehadiran yang dianjurkan oleh Pas. Paling memalukan angka kehadiran juga terpaksa diubah kerana sedar mereka tersilap.

Apa sahaja yang kerajaan Madani buat akan dijadikan isu. Zahid-Anwar akan menjadi sasaran utama secara berterusan.

PN dalam ketakutan kerana tiada lagi wang yang banyak untuk dibelanjakan? Atau masih banyak lagi disimpan di tempat lain?

Kuasa yang diperolehi dengan membeli undi akan meletakkan sebuah negara atau negeri di dalam bahaya dan jangan lupa kerajaan mana yang ‘penjarakan’ Najib?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *