May 18, 2024

AHLI Parlimen PH Hulu Terengganu yang dahulunya menang atas tiket BN pada PRU14 kemudian melompat kepada parti Muhyiddin ketika itu sememangnya terkenal satu ketika dahulu dengan “kaki cerut mewah”.

Lagaknya bagai orang kaya apabila menyedut cerut mewah dan antara muka lama yang dibawa masuk ke pilihanraya umum kembali ketika PRU14 setelah berehat.

Menurut sumber, beliau dikatakan merayu kepada bekas MB Terengganu, Dato Seri Ahmad Razif ketika itu yang juga Pengerusi UMNO-BN negeri Terengganu agar diberikan peluang untuk bertanding. Akhirnya UMNO Terengganu kena “tipu” dengan lakonan kononnya setia kepada parti.

Hari ini Rosol seperti orang mabuk cerut apabila mengeluarkan kenyataan ketika sesi perbahasan. Rosol menyerang Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan membuat kenyataan yang mengelirukan dewan seperti yang dilakukan oleh Takiyuddin beberapa hari lepas yang membuat tafsiran yang jauh menyimpang berhubung siapa penjawat awam sebenarnya.

Cuma Rosol cuba menambahkan kekeliruan dengan memasukkan kononnya pendakwa akan merasa serba salah untuk mendakwa Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Rosol nampaknya gagal atau mungkin tidak pernah mengetahui bahawa kes Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri telah lama berjalan dan separuh daripada pertuduhan nya telah digugurkan kerana tiada merit. Gugurnya kes tersebut terjadi ketika Presiden UMNO tidak memegang apa-apa jawatan di dalam kabinet.

Rosol juga seperti membaca skrip yang sama dibaca oleh Takiyuddin sebelum ini kononnya menafsirkan jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah bertaraf penjawat awam yang mana perlu berehat daripada jawatan apabila berhadapan dengan sesebuah kes di mahkamah.

Barangkali Rosol bercakap di dewan parlimen tanpa menoleh kepada Wan Saiful Wan Jan kerana baru beberapa hari Wan Saiful, ahli parlimen dari PPBM dan Ketua Penerangan PPBM dihadapkan ke mahkamah kerana menerima rasuah hampir RM7juta melalui projek Janawibawa. Apakah Wan Saiful perlu berehat dari jawatan ahli parlimen? Kerana status ahli parlimen juga boleh menyebabkan pendakwaraya tidak selesa kalau mengikut sangkaan jahat Rosol terhadap Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Patutlah apabila mencari apakah kelulusan akademik Rosol, di dalam wikipedia tidak menyatakan apa-apa.

Baca skrip yang sama ini:
https://malaysiahot.my/2023/02/21/cubaan-menghina-zahid-takiyuddin-punyai-rekod-buruk-penafsiran-undang-undang/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *