May 11, 2024

MENURUT sumber pejabat UMNO Malaysia, YAB Datuk Seri Utama Dr Haji Sulaiman bin Md Ali telah menyerahkan surat perletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Melaka kepada Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Berita ini menamatkan khabar angin yang sedang hangat diperkatakan sejak beberapa bulan yang lalu berhubung jawatan tersebut.

Sulaiman yang merupakan Ketua Menteri Melaka yang ke-12 dikatakan telah lama berhasrat melepaskan jawatan ketua menteri terutama bagi menghadapi pilihanraya umum ke 15 lagi namun ditangguhkan hasil perbincangan kepimpinan UMNO negeri Melaka.

Sepatutnya Sulaiman mengetuai barisan calon parlimen BN Melaka baru-baru ini sesuai dengan kelayakan beliau untuk berada di kerajaan persekutuan sekiranya BN menang di dalam pilihanraya umum tersebut.

Kini, beliau dikatakan ditugaskan untuk menyusun kembali strategi merampas kerusi parlimen UMNO-BN yang kalah itu.

Urusan pentadbiran negeri yang baharu akan diserahkan kepada keputusan kepimpinan dan Adun UMNO Melaka serta mandat dari Presiden UMNO.

Transisi jawatan Ketua Menteri akan berlaku pada masa terdekat supaya urusan ekonomi rakyat dan kemajuan negeri tidak terabai.

Sulaiman yakin, Ketua Menteri Melaka yang seterusnya akan membawa Melaka lebih maju.

2 thoughts on “Sah, Ketua Menteri Melaka serah surat letak jawatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *