May 19, 2024

UMNO KEKAL RELEVAN adalah fokus utama Presiden UMNO Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Majlis Kerja Tertinggi UMNO di dalam membuat keputusan untuk menubuhkan kerajaan.

Kepimpinan UMNO dan BN memilih timbangtara kemudaratan sebagai pengukur sebelum keputusan muktamad dibuat kerana ianya penting bagi masa depan UMNO dan BN.

Dalam Islam sendiri, kaedah pilihan mengikut saiz kemudaratan digunakan di dalam penyelesaian kemaslahatan ummah. DS Zahid menegaskan antara Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, yang membawa kemudaratan besar sekiranya bekerjasama adalah Perikatan Nasional berdasarkan ‘geopolitik bangsa pengundi’.

Dari Imam Ibn Nujaim:

إذَا تَعَارَضَ مَفْسَدَتَانِ رُوعِيَ أَعْظَمُهُمَا ضَرَرًا بِارْتِكَابِ أَخَفِّهِمَا

Maksudnya : Apabila bertembungnya dua mafsadah, maka dipelihara (ditolak) mudarat yang paling besar dengan melakukan mudarat yang lebih ringan.

Rujuk Al-Asybah wal-Nazhair, Ibn Nujaim (Hlm. 76).

Firman Allah S.W.T pula menyebut:

أَمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ فَأَرَدتُّ أَنْ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَاءَهُم مَّلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا

Maksudnya: Adapun perahu itu merupakan milik orang-orang miskin yang berkerja di laut. Maka aku bertujuan merosakkannya kerana terdapat seorang raja yang ingin merampas kesemua perahu.

Surah Al-Kahf (79)

Berdasarkan ayat di atas, kita dapat melihat beberapa perkara penting yang kami ringkaskan dalam bentuk poin seperti berikut:

  • Perahu atau sampan tersebut dimiliki oleh orang miskin dan bukannya orang kaya.
  • Orang miskin tersebut pula berkerja di lautan dan bukannya di daratan. Justeru, keadaan ini menggambarkan betapa penting peranan sampan untuk digunakan dalam pekerjaan menampung kehidupan seharian.
  • Ia dirosakkan kerana terdapatnya seorang raja yang mahu merampas perahu-perahu yang berada dalam keadaan baik dan elok. Justeru, apabila dilihat perahu-perahu yang rosak, maka ia ditinggalkan dan tidak dirampas.
  • Merosakkan perahu adalah satu keburukan. Namun dirampasnya perahu mendatangkan keburukan yang lebih berat. Rosaknya perahu boleh dibaiki, manakala dirampasnya perahu mendatangkan masalah besar kepada golongan miskin untuk membeli perahu yang baharu.
  • Justeru ini adalah contoh pertembungan antara dua keburukan, lalu dipilih keburukan yang lebih ringan.

Imam Al-Qurthubi dalam tafsirannya kepada ayat Al-Quran di atas menyatakan:

ففي هذا من الفقه … جواز إصلاح كل المال بإفساد بعضه

Maksudnya : Dalam isu ini antara feqh (yang dapat diambil adalah) keharusan memperbaiki keseluruhan harta dengan merosakkan sebahagian darinya. Lihat Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurthubi (10/407).

Ini seperti yang disebutkan oleh Nabi Khidir A.S seperti yang diriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

 فَإِذَا جَاءَ الَّذِي يُسَخِّرُهَا وَجَدَهَا مُنْخَرِقَةً فَتَجَاوَزَهَا فَأَصْلَحُوهَا بِخَشَبَةٍ

Maksudnya : Apabila dia (raja yang zalim) yang ingin merampas (perahu) tersebut mendapatinya dalam keadaan telah rosak, maka dia akan meninggalkannya (tidak mengambilnya) lalu mereka (golongan miskin) tersebut dapat membaikinya dengan menggunakan kayu. Riwayat Muslim (2380)

Dalam menghuraikan kaedah tersebut, Ibn Nujaim menukilkan kata-kata Imam Al-Zaila’ie yang menyebut:

أَنَّ مَنْ اُبْتُلِيَ بِبَلِيَّتَيْنِ، وَهُمَا مُتَسَاوِيَتَانِ يَأْخُذُ بِأَيَّتِهِمَا شَاءَ، وَإِنْ اخْتَلَفَا يَخْتَارُ أَهْوَنَهُمَا

Maksudnya : Sesiapa yang diuji dengan dua bala (musibah) dan kedua-duanya selari (dari sudut keburukan) maka dia boleh memilih untuk melakukan salah satu mengikut kehendaknya. Namun sekiranya keduanya berbeza (dari sudut salah satu lebih besar keburukan berbanding satu yang lain) maka dia memilih (keburukan) yang paling ringan antara keduanya.

Rujuk Al-Asybah wal-Nazhair, Ibn Nujaim (Hlm. 76)


Perikatan Nasional meletakkan keseluruhan calonnya di kawasan majoriti Melayu yang mana sama dengan calon dari UMNO bertanding. Di masa hadapan, bagaimana kerusi ini dapat dibahagikan antara UMNO, PAS dan PPBM? Bukankah ini mudarat yang sengaja dicipta oleh Muhyiddin dengan skala yang lebih besar supaya UMNO dan BN tidak lagi dikenali sebagai parti politik pembela ummat Islam dan bangsa Melayu serta bumiputra dan rakyat keseluruhannya?

DS Zahid optimis bahawa UMNO dan BN akan menawan semula kerusi yang kalah dengan majoriti jurang beza yang tidak besar.

Geng broker tentunya tidak akan berpuashati kerana yang penting bagi mereka adalah bersama dengan Muhyiddin yang menjanjikan habuan yang besar sekiranya bersama Perikatan Nasional.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *