May 19, 2024

KITA jadi keliru dengan tindakan Asyraf Wajdi sejak kebelakangan ini. Beliau sepatutnya lebih cerdik dari ahli parlimen pembangkang. Kita dapat lihat bagaimana Ahli parlimen Kota Belud dengan sengaja cuba mengelirukan dewan apabila mendesak speaker dengan jerit pekik agar usul ‘Tuntutan Waris Sultan Sulu’ dibahaskan.

AP Kota Belud sebenarnya mengetahui bahawa kes tuntutan dari kononnya ‘waris sultan Sulu’ itu sedang dibicarakan di mahkamah rayuan Perancis dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melindungi kedaulatan negara secara keseluruhannya termasuk negeri-negeri yang terlibat sekiranya ada.

Status terkini kes tersebut amat jelas dan ahli parlimen Kota Belud seperti tidak memahami langsung bagaimana apabila mahkamah rayuan di Perancis membenarkan permohonan ‘stay execution’ oleh kerajaan Malaysia maka dengan sendirinya tiada sebarang aset negara kita yang berada di luar negara dirampas. Malah ianya tiada kaitan langsung aset Petronas di luar negara dengan kedaulatan negeri Sabah.

Tuntutan di mahkamah Perancis tidak berkait langsung dengan tuntutan terhadap Sabah. Ianya lebih kepada tuntutan berupa kewangan. Tidak timbul soal kedaulatan negeri Sabah.

Perkara tersebut tidak melarat dengan tindakan tegas speaker untuk tidak membahaskan isu tuntutan tersebut. Ia telah menyelamatkan kepentingan negara kerana sebarang perbahasan terbuka bakal membuka banyak ruang kepada pihak kononnya ‘waris sultan Sulu’ dan mereka akan menggunakannya di sepanjang perbicaraan yang berlangsung.

Timbul persoalan, kenapa Asyraf Wajdi turut melenting? Apa yang Asyraf Wajdi inginkan?

Kalau ahli parlimen Kota Belud dan kumpulan ahli parlimen pakatan harapan kita sedia maklum, mereka mencari keuntungan dari batuan politik murahan tanpa memikirkan baik buruk kesannya kepada negara. Asyraf Wajdi pula mencari apa? Ingin menjadi hero rakyat Sabah? Memalukan!

Mungkin Asyraf perlu mencari formula lain yang lebih sesuai untuk popular dan berhenti mempolitikkan isu Sulu yang selama ini dibawa oleh pembangkang sedangkan tuntutan tersebut dibuat oleh Sulu ketika PH memerintah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *