May 18, 2024

KOTA BHARU 23 APRIL 2018.P20 PENGKALAN CHEPA. Datuk Zaluzi Sulaiman (UMNO). NSTP/FATHIL ASRI.

Dipetik daripada tulisan Datuk Haji Zaluzi Bin Sulaiman, Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa;

Berdasarkan kepada keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 14 April 2022 yang menamakan Dato Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri jika BN menang PRU15 adalah sangat bertepatan dengan situasi politik hari ini.

Ini dapat dilihat dengan penerimaan rakyat Malaysia dan kestabilan dalam kerajaan campuran hari ini dengan usaha Dato Seri Ismail Sabri yang konsisten dengan pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ berjaya membawa satu kestabilan politik negara.

Memahami keputusan ini amat perlu dilakukan MKT dalam memastikan kesiapsiagaan parti bagi menghadapi PRU15 yang semakin hampir. Ini sekali lagi menggambarkan pimpinan UMNO tidak mudah diadu domba oleh pihak lawan untuk memecahbelah kerukunan dalam UMNO. Kematangan politik UMNO akan terus subur dan dimurnikan.

Sebagai pendokong UMNO di peringkat Bahagian Pengkalan Chepa, kami menerima keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan berharap semua ahli UMNO di semua peringkat menerimanya bagi memperkasakan parti dan mengembalikan mandat rakyat kepada BN dalam PRU15.

Jutaan terima kasih kepada MKT yang begitu peka dengan kedinamikan politik hari ini yang memerlukan iltizam tinggi dalam memastikan UMNO terus kekal relevan, “Dulu, Kini dan Selamanya”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *