May 18, 2024

KOTA BHARU – Seorang pegawai penyiasat polis berpangkat Inspektor mengaku tidak salah di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Khamis atas pertuduhan merogol, persetubuhan luar tabii dan mencabul kehormatan seorang tahanan wanita di pejabatnya tahun lalu.

Pertuduhan terhadap tertuduh, A Teevagar Gabrialnayagam, 30, dibuat di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 29 tahun dengan kerelaannya yang diperoleh oleh tertuduh menggunakan kedudukan kuasa terhadap mangsa di bilik pegawai penyiasat, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini, pada jam 3 petang hingga 5.30 petang pada 5 Jun 2021.

Bagi tuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(f) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 tahun hingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap wanita sama tanpa kemahuannya pada masa, tarikh dan di lokasi masa.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman memperuntukkan hukuman penjara 15 tahun hingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas wanita sama dengan niat untuk melakukan pencabulan terhadap kehormatannya pada masa, tarikh dan di lokasi yang sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Sementara pada pertuduhan keempat, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap wanita sama tanpa kemahuannya pada jam 2 petang hingga 4.30 petang pada 7 Jun 2021 di lokasi yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *