May 18, 2024
Seorang lelaki di Seremban disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun.

Polis menahan seorang lelaki di Jalan Persiaran Utama Seremban 2, di Seremban semalam kerana disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata lelaki berkenaan ditahan pada pukul dua petang semalam sementara kejadian dilaporkan berlaku pada 6.20 pagi,tiga hari lepas di sekitar Taman Suriaman 3 di situ.

Katanya dalam satu kenyataan, polis menerima laporan daripada ibu mangsa dan anaknya itu merupakan penumpang van sekolah yang dipandu oleh lelaki berusia 41 tahun itu.

Dia berkata kes disiasat dibawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

-Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *