May 18, 2024
dia kini memberi tumpuan kepada pelajaran memandangkan dia masih lagi menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam bidang psikologi.

 “Saya pun terkejut juga, tapi benda itu tak betul,” kata penyanyi, Hazwani Helmi ketika diminta mengulas mengenai berita mengaitkannya dengan pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu, baru-baru ini.s

Hazwani ketika ditemui berkata, dia juga tidak mengenali Shuib secara peribadi dan hanya mengenalinya sebagai artis.

“Semasa berita itu tersebar, saya baru balik dari kelas dan ada orang ‘tag’ saya di Instagram. Saya kenal dia sebagai artis dan pelawak, tapi tak pernah mengenalinya secara peribadi,” katanya .

Menurut Hazwani, dia kini memberi tumpuan kepada pelajaran memandangkan dia masih lagi menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam bidang psikologi.

“Jauh lagi perjalanan saya. Sekarang saya nak habiskan pengajian saya dalam bidang psikologi. Insya-Allah, Ogos nanti saya akan tamat belajar,” katanya.

Terbaru, Hazwani bakal membintangi filem bercorak perjuangan di Palestin berjudul Road to Heaven dan akan bergandingan dengan kakaknya, Datin Seri Heliza Helmi dan Josiah Lim.

Terdahulu, Shuib pernah ditanya beberapa media mengenai hubungan cintanya dan dikaitkan dengan beberapa nama wanita antaranya Hazwani dan penyanyi, Siti Nordiana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *