May 18, 2024
Saya akan memberikan sepenuh komitmen dalam membantu gerak kerja parti dan Perikatan Nasional (PN)

Ahli Parlimen Mersing Abdul Latiff Ahmad memaklumkan bahawa dia tidak akan bertanding di kerusi DUN pada pilihan raya negeri Johor yang berlangsung 12 Mac ini.

Menurut pemimpin Bersatu itu, ia agar dia dapat menumpukan tugasnya sebagai ahli parlimen dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dengan sepenuh masa.

“Saya akan memberikan sepenuh komitmen dalam membantu gerak kerja parti dan Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan kemenangan calon-calon PN nanti.

“Saya juga menyeru kepada semua rakyat Johor agar menunaikan tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi dan membuat pilihan bijak terutamanya 700,000 pengundi baru termasuk 180,000 anak muda yang berusia 18-20 tahun yang didaftarkan secara automatik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, laporan portal The Vibes yang memetik sumber menyatakan spekulasi Abd Latiff mungkin dicalonkan di kerusi DUN Tenggaroh dan dipertimbang sebagai calon menteri besar oleh Bersatu.

SPR mengumumkan tarikh PRN Johor pada 12 Mac ini. Manakala hari penamaan calon adalah pada 26 Februari dan pengundian awal pada 8 Mac.

PN akan mempertandingkan kesemua 56 kerusi DUN di situ. PRN Johor diadakan susulan pembubarannya pada bulan lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *