October 18, 2024

Hari ini Mahathir mula melakukan tugasnya yang pertama sebagai penasihat kepada kerajaan negeri Terengganu sesuai dengan 4 buah negeri di bawah pimpinan PAS yang menubuhkan “SG4”.

SG4, ‘State-Goverment 4’ di mana bersetuju melantik Mahathir sebagai penasihat kepada kerajaan negeri secara percuma. Tidak dapat dipastikan klausa “percuma” itu sehingga ke tahap mana atau ada “perjanjian” imbal balas yang tersembunyi dan akhirnya wang rakyat juga dipergunakan sewenangnya.

Menurut sumber, Mahathir akan melawat kilang dan tidak dapat dipastikan kilang tersebut milik kerajaan atau milik swasta dan selepas itu di dalam jadual lawatannya sebagai penasihat kepada kerajaan PAS Terengganu, Mahathir dijangka akan berkunjung ke kediaman Hadi Awang, Presiden PAS di Rusila.

Menariknya, kunjungan Mahathir ke Terengganu ini berlaku sebelum pengumuman calon pilihanraya kecil Parlimen Kemaman. Pemerhati politik tempatan menjangkakan kemunkinan Mahathir menawarkan diri untuk menjadi calon dan PAS akan merestuinya dengan alasan bahawa suara Mahathir diperlukan di Dewan Rakyat.

Ada juga penganalisis politik memberi pandangan kemungkinan anak Mahathir, Mukhriz yang akan menjadi calon PAS di situ atau proksi Mahathir yang akan dinamakan kelak.

Walaupun wujudnya risiko isu tragedi Memali yang melukakan hati ahli PAS selama ini bakal bergema di Kemaman namun Mahathir yang turut diberi gelaran “Bapa Memali” sejak dahulu oleh penyokong PAS merasakan penyokong PAS Terengganu sudah melupakan tragedi berdarah tersebut. Mungkin tiada kaitan PAS Terengganu dengan keluarga mangsa PAS di Mamali.

PAS yang terkenal boleh berubah mengikut “dalil” ciptaan mereka dijangka tidak menghadapi masalah meletakkan Mahathir sebagai calon mereka di kerusi parlimen Kemaman.

Jika dengan DAP pun PAS boleh sediakan “dalil” untuk meraih undi maka jika Mahathir diletakkan sebagai calon, pelbagai dalil untuk bersihkan “dosa” Mahathir terhadap PAS akan diperdengarkan kelak. Tunggu dan lihat.

PAS hilang kerusi di parlimen Kemaman kerana mahkamah membuat keputusan wujudnya amalan rasuah ketika PRU15 yang lalu.

Dulu siapa yang bersungguh menggelarkan Mahathir sebagai “Maha Firaun”? Kini menjadi pujaan. Politik bukan membela rakyat tetapi menjaga periuk nasi masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *