November 21, 2024

SEBAGAI sebuah parti umat Melayu dan Bumiputra yang terbesar maka rakyat adalah keutamaan.

Transisi kepimpinan tertinggi baik di peringkat pusat atau pun negeri bukan suatu yang baharu dan bagi UMNO setiap perubahan kepimpinan adalah untuk kebaikan semua pihak.

Apa yang berlaku di Melaka sekarang bukanlah kerana wujudnya pergeseran dalaman parti tetapi lebih kepada strategi mengukuhkan lagi UMNO-BN.

Tiba-tiba geng broker kelihatan panik dan mula menyerang kononnya mengambil berat hal pentadbiran negeri Melaka termasuk kepimpinan UMNO.

UMNO Melaka lebih dinamik dan progresif. Transisi kepimpinan di peringkat negeri sepatutnya lebih awal berlaku bagi menghadapi pilihanraya umum ke-15 tetapi tertangguh. Keputusan yang dibuat ini berdasarkan pemusatan fokus terhadap PRU16 bagi merebut kembali kerusi parlimen yang gagal dipertahankan oleh UMNO-BN.

Musuh politik UMNO-BN nampak sangat gelabah apabila Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh dinamakan sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu. Mereka terpaksa membuat rekayasa cerita kononnya UMNO Melaka dilanda masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *