December 18, 2024

Semua kementerian yang diwujudkan oleh kerajaan pusat adalah sama penting dan untuk kepentingan rakyat.

Jika ada yang masih membezakan antara kementerian seolah wujudnya darjat atau kasta tertentu maka mereka masih terbelengu dengan emosi yang tidak stabil dan kekal dengan pemikiran politik lapuk.

Kali ini apabila Anwar umumkan rombakan kabinet dan ada yang bertukar portfolio, musuh kerajaan Madani mula menyerang Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan yang dahulunya adalah Menteri Pertahanan dan kini menjawat Menteri Luar Negeri.

Sekali gus musuh kerajaan Madani cuba meremehkan kementerian yang baharu dipegang oleh Mohamad Hasan malah mereka melaga-lagakan antara UMNO dan Anwar serta Mohamad Hasan dan Presiden UMNO, Zahid Hamidi.

Dunia sekarang sudah berubah. Dunia yang dikuasai oleh media siber. Setiap yang ada telefon bimbit, mereka adalah “media” samada mereka yang melontarkan isu atau kumpulan penyebar berita. Mereka adalah “media segera” dan sentiasa berlumba menyampai serta menyebar luas sesuatu berita.

Jika dahulu, kebiasaannya hiraki untuk menjadi Perdana Menteri, individu tersebut akan melalui Kementerian Pendidikan sebagai Menteri Pelajaran. Ini untuk individu tersebut mendekati warga pengajar dan secara tidak langsung merapati keluarga pelajar dengan pelbagai pendekatan baharu bagi lonjakan mutu dasar pendidikan negara.

Lihat sejarah, siapa yang lalui kementerian tersebut. Betulkan jika info ini silap. Kenapa ketika itu warga universiti, mahasiswa/siswi tidak ada kementerian khas yang menjaga mereka? Jawabnya dahulu mereka bukan pengundi dan lepasan U biasanya lebih menjurus ke arah persiapkan diri memasuki alam kerjaya. Sekarang tidak lagi. Mereka adalah antara golongan penentu kerajaan dan warga pengguna telefon bimbit yang paling ramai serta terpaling dinamik dan agresif. Malah warga ini juga mampu merekayasa infografik mudah, pantas dan menarik yang boleh memanipulasi sesuatu berita. Jurusan khas pengajian media dan pereka grafik juga ada di samping mereka adalah golongan “celik aplikasi”.

Jika Kementerian Pertahanan amat penting kepada parti politik, bagaimana musuh Madani mengklasifikasi Menteri Pertahanan itu sebagai menteri yang kuat pengaruhnya? Tentera bukannya ada di seluruh negara, bilangan tentera yang mengundi bukanlah ramai bagi setiap daerah mengundi.

Kita perlu faham perbezaan antara berkepentingan politik dengan tugasan keselamatan negara. Musuh Madani cuba kelirukan ahli UMNO di peringkat ini.

Menteri Luar Negeri tiada ‘vibe’ pengundi? Anda silap. Semua kementerian akan menjadi penting dan berguna jika dipandu oleh “Menteri” yang berwawasan, berani dan bijak mengatur strategi politik.

Tulisan ini tidak bermaksud ingin menghuraikan lanjut dan memberi cadangan serta pandangan kerana Tok Mat seorang yang “critical thinking”. Beliau tahu bila dan bagaimana nak menggerakkan buah catur. Tok Mat tahu manfaatkan tugasan baharu dengan arus politik masakini.

Selagi namanya musuh politik, mereka akan kekal mengadu domba dan mencari peluang merosakkan nama baik UMNO walaupun saat dan ketika ini ekor mereka menyeret tahi keliling kampung.

Kepada Menteri dan Timbalan Menteri UMNO, gunalah peluang ini sebaiknya untuk transformasi UMNO dan bukannya untuk tembolok masing-masing.

Ahli UMNO memerhati dan akan menghukum anda di pemilihan PAU nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *