December 18, 2024

Isu kenyataan fitnah terhadap kepimpinan DAP yang kononnya berhaluan komunis melalui hubungan kekeluargaan antara Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng nampaknya semakin panas.

DAP melalui Lim Guan Eng telah memberikan masa 48 jam kepada Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang, Siti Mastura Lim binti Abdullah atau Siti Mastura Muhammad supaya menampilkan bukti mengenai hubungkait pemimpin DAP dengan Komunis dan Lim Kit Siang serta Lim Guan Eng adalah pemimpin yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Kepala Batas.

Siti Mastura bukan sahaja memfitnah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mempunyai pertalian darah dengan Chin Peng tetapi turut mengaitkan Teresa Kok, Anthony Loke, Nga Ko Meng dan Nga Ko Ham juga mempunyai hubungan pertalian darah dengan Lim Kit Siang dan akhirnya melakar salsilah susur galur palsu terkait dengan Chin Peng.

Siti Mastura melakukan serangan fitnah tersebut ketika berucap di majlis pelancaran jentera Muslimah PAS bagi pilihanraya kecil Parlimen Kemaman.

Sehingga artikel ini ditulis, Situ Mastura dengan bongkak untuk tidak respon terhadap amaran yang dikeluarkan oleh DAP.

Paling mengejutkan, keseluruhan kepimpinan PAS pusat tidak tampil untuk membuat kenyataan termasuk menggesa Siti Mastura memohon maaf kepada DAP di atas kenyataan yang bukan sahaja fitnah tetapi juga berbaur perkauman.

Kebiasaannya kepimpinan PAS akan pantas membuat kenyataan di tempat sidang media di bangunan parlimen tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. PAS terperangkap dengan strateginya sendiri iaitu untuk menampakkan buruknya UMNO-BN yang bekerjasama dengan DAP.

Sebelum ini Lim Kit Siang telah memberi amaran akan menyaman Hadi Awang kerana menuduh DAP sebagai sebuah parti politik anti Islam.

PAS Terengganu termasuk Muslimah PAS Terengganu juga dilihat seolah merestui dan menerima gaya politik fitnah ini.

Sedikit pun Muslimah PAS Terengganu yang hadir pada hari tersebut tidak menunjukkan reaksi marah apabila ditipu hidup-hidup oleh Siti Mastura.

Adakah ini model Islam wanita PAS di Terengganu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *