December 18, 2024

Kemenangan gabungan parti kerajaan Madani di pilihanraya kecil DUN Simpang Jeram, Parlimen Pulai di Johor dan terbaharu kerusi DUN Pelangai di Pahang merupakan satu mesej yang cukup kuat dan jelas bahawa rakyat mulai nampak apa yang Kerajaan Madani lakukan kepada rakyat dan negara.

Berbeza dengan ujian pertama kerjasama antara parti politik di dalam Kerajaan Madani ketika menghadapi pilihanraya 6 buah negeri. Isu yang dibawa oleh Perikatan Nasional(PN) ketika itu banyak yang mengelirukan pengundi terutama dengan menggunakan janji Anwar, kes pendakwaan terhadap Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hanidi dan hubungan UMNO-DAP.

Ironinya ketika pilihanraya kecil di DUN Simpang Jeram, Parlimen Pulai di Johor dan DUN Pelangai, parti Perikatan Nasional tidak lagi menggunakan isu seperti yang mereka bawa di pilihanraya 6 negeri kerana parti Kerajaan Madani berjaya memberi pencerahan berhubung dengan rekayasa fitnah yang digunakan pada pilihanraya negeri tersebut.

Pengundi 3 kerusi tersebut menerima keberkesanan Kerajaan Madani mentadbir negara walaupun UMNO-BN dan Pakatan Harapan bukannya rakan strategik ketika menghadapi pilihanraya umum ke 15.

Rakyat juga boleh menilai parti politik mana yang mengutamakan rakyat dan negara berbanding dengan gabungan parti yang hampir setiap masa berpolitik sepanjang masa tanpa mempedulikan mandat yang mereka perolehi dari pengundi kawasan atau negeri mereka.

Memilih pemimpin di kawasan dan negeri bukan hanya berdasarkan kuatnya tempikan suara di pentas ceramah politik tetapi khidmat yang diberikan walaupun kemenangan yang diperolehi bukanlah dengan jumlah majoriti yang besar.

Rakyat sebagai pengadil, bandingkanlah parti mana yang tidak pernah meninggalkan rakyatnya walaupun tidak menang di kawasan tersebut. Dan parti mana yang berjanji bulan dan bintang tetapi sebutir pasir pun berat untuk ditunaikan.

Rakyat Terengganu, apakah janji untuk laksanakan hudud sudah hilang dari ‘kitab politik’ PAS?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *