December 18, 2024

Bukti terbaru bahawa PAS terus menerus menyusahkan peneroka dan perancangan FELDA terhadap warga ini nampak semakin jelas apabila Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri mengeluarkan kenyataan pada hari penamaan calon pilihanraya kecik DUN Pelangai tempohari.

“Tanpa gabungan dengan PH, sebenarnya mereka (BN) tak boleh lagi meneruskan agenda (pentadbiran kerajaan) negeri,” – Tuan Ibrahim.

Ini juga membuktikan PAS sebagai pembangkang bukan untuk membawa idea yang lebih baik dari kerajaan negeri atau Pusat bagi membantu rakyat tetapi lebih menjurus ke arah menghalang setiap perancangan yang dibuat untuk kebaikan rakyat termasuk kepada warga peneroka FELDA.

Ianya seumpama pencuri yang sedang berlakon mengejar perompak di dalam kampung.

Peneroka FELDA perlu ingat apa kata allahyarham Tun Razak ketika di awal penubuhan FELDA dan kemasukan peserta ke dalam tanah rancangan FELDA di Pahang.

Apa kata allahyarham Tun Razak ketika itu dan ianya diperjelaskan oleh Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek baru-baru ini “Ini program kerajaan memberi tanah kepada yang tak bertanah…”.

Adakah PAS akan terus menerus menghalang usaha pihak kerajaan pusat dan negeri Pahang membantu peneroka FELDA bagi generasi seterusnya?

Warga peneroka FELDA Pelangai, jangan bersama pihak yang ingin memutuskan rantaian bantuan dari kerajaan untuk peneroka. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian anak cucu kita akan menanggung akibatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *