December 18, 2024

Apabila terkena batang hidung semalam, Radzi Jidin meraung sawan meminta Speaker mengarahkan PM Anwar menarik balik kenyataan yang beliau tujukan kepada kerajaan dahulu. Dan ketika itu Radzi Jidin merupakan adalah seorang menteri kanan.

Maksud PM Anwar adalah jelas dan beliau dengan terang menyatakan bahawa terdapat kes DNAA juga ketika Muhyiddin menjadi PM tetapi kenapa ketika itu seluruh ahli pentadbiran tidak bersungguh untuk ‘menjadi hero’?. Kenapa isu DNAA Zahid dijadikan bahan untuk menghina Perdana Menteri kononnya bersubahat melepaskan perasuah. Adakah Radzi dan keseluruhan pembangkang yakin Zahid terlibat di dalam pertuduhan rasuah tersebut?

Sesi pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK12 sengaja dijadikan medan untuk menyerang pentadbiran Kerajaan Madani, merosakkan imej Anwar dan memburukkan reputasi Zahid sebagai Presiden UMNO dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Sepanjang sesi perbahasan, pihak kerajaan Madani melalui Menteri dari setiap kementerian menjelaskan apa yang dibuat sepanjang pentadbiran mengikut amanah yang diberikan.

Apa yang ahli parlimen bentangkan sepanjang sesi ini berlangsung?

Mudah sahaja, mereka mengeluh tiada bajet untuk bayar gaji kerani dan pegawai pusat khidmat mereka. Ada juga yang merengek kononnya projek sekolah dihentikan hanya kerana mereka mendapat perkhabaran melalui media sosial sedangkan berita tersebut hanya bersifat “hear say” dan selebihnya berlegar isu kenapa Zahid dikenakan DNAA.

Walaupun penjelasan dibuat, wakil rakyat parlimen pembangkang tidak boleh menerimanya kerana motif kehadiran mereka di parlimen adalah satu, menyerang isu DNAA Zahid.

Kali ini, pembangkang tidak berani menjual dan menunggang agama kerana mungkin telah diarahkan memberi fokus menyerang Anwar dan Zahid.

Pembangkang nampak cuba alihkan isu Muhyiddin yang masih bergelut di mahkamah melalui pendakwaan jenayah AMLA.

Berapa jumlah duit rakyat dibazirkan untuk membayar elaun kehadiran wakil rakyat sebegini? Anda boleh kira dan congak sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *