December 18, 2024

PENGAKUAN juiur dan benar dari Tan Sri Annuar Musa berhubung keberadaan wang tunai berpuluh juta ringgit di dalam bilik tidur Muhyiddin Yassin nampaknya seperti tidak dipandang serius oleh Anwar Ibrahim.

Saban waktu Anwar berceramah sejak puluhan tahun yang lalu mengenai akan mengambi tindakan terhadap ahli politik yang mencuri duit rakyat sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri sehinggalah kepada pilihanraya umum ke 15 yang lalu.

Annuar Musa telah membuat pengakuan bahawa beliau sendiri mengambil duit tersebut dengan jumlah puluhan juta ringgit dengan alasan kononnya untuk kegunaan BN menghadapi pilihanraya negeri Sabah dahulu.

Pelbagai soalan mula ditimbulkan, berapakah jumlah “puluhan juta ringgit” yang diambil itu sebenarnya dan berapakah pula baki yang masih ada di dalam kamar tersebut?

Wujudkan kaitan antara skandal bilik tidur Muhyiddin dengan penangkapan SPRM terhadap sepupu kepada menantu Muhyiddin yang dikatakan terlibat mengambil rasuah antara RM4bilion hingga RM5bilion melalui projek pakej pemulihan rakyat dengan pengistiharan darurat bencana covid19 berjumlah RM92.5 bilion?

Sepupu kepada menantu Muhyiddin dikatakan mengambil antara 3%-5% komisyen dari nilai kontrak yang beliau susunkan kepada kontraktor dan pihak SPRM telah pun mengambil keterangan dari beberapa kontraktor yang terlibat.

Kes ini tiba-tiba sepi dari liputan berita perdana termasuk berita internet seolah ada usaha untuk membisukan terus skandal mega sejarah negara ini.

Nurul Izzah sepatutnya menawarkan diri sebagai pegawai pemantau mengenai perjalanan kes ini dan bukannya ditugaskan memantau kontak kerajaan.

Anwar sendiri pernah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan pimpinan beliau tidak berhasrat untuk membina mercu negara bernilai bilion ringgit. Bagi Anwar, Menara Kembar Petronas KLCC, TRX Exchange, Menara Telekom Malaysia dan beberapa mercu megah bangunan pencakar langit yang lain sudah memadai.

Anwar menegaskan beliau akan lebih memberi fokus kepada projek menyusun peniaga kecil di dalam bandaraya KL dan sekitarnya.

Justeru, tender projek mana yang Nurul Izzah ditugaskan?

Ketika rakyat menderita kerana virus covid19, Muhyiddin umumkan perintah darurat tanpa perkenan YDPA dan di waktu yang sama pakej ransangan pemulihan ekonomi rakyat dan negara dikeluarkan dengan nilai hampir RM100bilion.

Apa rakyat yang menjadi mangsa covid19 dapat ketika itu? Telor ayam sepapan, minyak masak sepeket, sardin satu tin dan gula sekilo?

Ini yang sepatutnya Anwar fokus untuk dapatkan kembali duit rakyat yang dirompak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *