December 18, 2024

RIYADH: Arab Saudi semalam mengesahkan pihaknya merampas hampir 30 tan daun khat bulan ini.

Khat atau qat adalah daun yang dibungkus dan dikunyah perlahan-lahan, yang mengeluarkan bahan kimia serupa dengan amfetamin dan mengakibatkan kesan khayal ringan.

Memetik laporan Saudi Press Agency (SPA) pihak berkuasa sempadan serampas 29.2 tan daun khat di selatan negara itu, berhampiran Yaman serta di utara pula berdekatan Jordan.

SPA melaporkan, rampasan berlaku sekitar 3 hingga 24 Disember lalu.


Lebih 360 penyeludup ditangkap yang kebanyakannya warga Yaman, tetapi terdapat juga dalam kalangan warga Ethiopia dan Arab Saudi.

Yaman yang dibelenggu perang saudara sejak 2014 dan tergolong antara negara termiskin di Semenanjung Arab, menjadi pengeluar dan pengguna khas utama.

Bahan itu diharamkan di beberapa negara tetapi menjadi sebahagian daripada fabrik sosial masyarakat Yaman selama beribu-ribu tahun.

Suatu ketika dulu, Yaman pernah terkenal dengan industri kopi, tetapi keuntungan daun khat mengatasi perdagangan dan tanaman daun itu merebak sehingga ke tanah pertanian lain termasuk Ethiopia dan Kenya.

Selain itu, Arab Saudi juga dianggap pasaran utama untuk bahan ketagihan seperti amfetamin yang dipanggil captagon. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *