Parlimen Kemaman adalah kubu kuat UMNO-BN. Kekalahan pada PRU14 adalah kerana arus fitnah yang terlalu kuat terutamanya persepsi buruk terhadap Perdana Menteri Najib Razak serta ahli keluarga ketika itu.
Ditambah dengan sebaran fitnah berhubung isu 1MDB, Tabung Haji, cukai GST dan lain-lain yang mana terbukti pada hari ini kesemuanya adalah konspirasi fitnah jahat terancang. Kesemua tuduhan dan persepsi jahat tersebut sudah terjawab dengan sendirinya.
UMNO-BN tewas sekali lagi pada PRU15 dan terbukti kemenangan besar PAS di Kemaman adalah kerana amalan merasuah pengundi.
Jika UMNO-BN Terengganu boleh mengekang strategi merasuah pengundi maka kerusi parlimen Kemaman bakal kembali kepada UMNO-BN.
Jentera UMNO-BN perlu peka dengan cara musuh merasuah pengundi termasuk pengundi dari luar Terengganu yang pulang untuk memilih nanti. Perlu ada pemantaun yang rapi terutama bagaimana pengundi tertentu termasuk pengundi atas pagar dikatakan diberi rasuah wang ringgit dan barang keperluan seperti beras dan sebagainya.
Menurut sumber, kemungkinan besar pengundi akan “dikepung” di satu lokasi sebelum diiring ke pusat pembuangan undi?
Kepimpinan UMNO-BN Terengganu perlu berbincang dengan pihak SPRM dan SPR secara bersemuka agar tiada lagi wujud pemimpin atau wakil rakyat yang memperolehi kuasa melalui cara merasuah pengundi.
Faktor kemenangan UMNO-BN yang utama juga adalah kesepakatan dan penerimaan terhadap apa juga keputusan yang dibuat oleh kepimpinan UMNO-BN pusat terutama siapa calon yang akan bertanding di kerusi tersebut.
Perpaduan dan kerjasama antara gabungan parti dari Kerajaan Madani juga amat penting. Rakyat ingin melihat bagaimana kerjasama erat antara parti politik di dalam kerajaan perpaduan seperti yang di war-warkan.
Kesemua pihak di setiap peringkat wajib memberikan kerjasama melebihi 100%.