December 18, 2024

Menjadi sejarah Malaysia apabila parti politik yang menang pilihanraya umum ke-14 dengan majoriti mudah jatuh sendiri apabila Mahathir meletakkan jawatan tanpa diketahui sebab sebenar sehinggalah terdedah rupanya wujud gerakan menjatuhkan sesama sendiri melalui “Langkah Sheraton” atau terbentuknya kerajaan melalui proses tikam belakang sehingga tertubuhnya “Kerajaan Tebuk Atap”.

Kemenangan gabungan parti politik yang dipimpin oleh Pakatan Harapan ketika itu rebah kerana rakus dan gila kuasa sesama sendiri. Akhirnya kedudukan Mahathir sebagai Perdana Menteri hanya mampu bertahan selama 22 bulan sahaja dan Muhyiddin mengambil alih jawatan Perdana Menteri ke-8. Muhyiddin berada di kedudukan tersebut hanya di atas ehsan UMNO-BN dan PAS sahaja.

Muhyiddin juga tidak lama, hanya mampu bertahan selama 17 bulan sahaja. Pertama kali di dalam sejarah negara, Malaysia mempunyai Perdana Menteri yang gagal dan ditolak oleh rakyat sendiri walaupun beliau bukannya menjadi Perdana Menteri melalui proses yang sepatutnya. Menjadi Perdana Menteri Kerajaan Tebuk Atap pun gagal, itulah yang meniti di bibir setiap rakyat Malaysia ketika itu.

Mungkin kifarah, selepas Muhyiddin dipaksa letak jawatan, Ismail Sabri juga gagal menggalas tugas Perdana Menteri yang seterusnya. Kerajaan yang tertubuh dan tidak melalui proses dari mandat rakyat tidak mampu bertahan lama kerana rakyat bukan menjadi keutamaan sebaliknya setiap detik kumpulan perancang ‘tebuk atap’ ini hanya berfikir bagaimana mereka boleh mengekalkan kuasa yang diperolehi dengan mudah itu.

Kini, mereka yang pernah bermusuh dan gagal menerajui negara berhimpun sesama mereka dengan tujuan sekali lagi mendapat kuasa dengan cara yang mudah.

Strategi utama mereka adalah mengelirukan pengundi. Di pilihanraya kecil Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, Perikatan Nasional(PN) berkempen kononnya jika menang di pilihanraya kecil tersebut maka akan ada perubahan besar di kerajaan pusat dan negeri Johor namun pengundi di sana tidak sebodoh yang mereka fikirkan. Pengundi menolak dan PN tewas di kedua kerusi tersebut.

Kini di pilihanraya kecil DUN Pelangai, Pahang lagi sekali PN berkempen kononnya jika PN menang di DUN tersebut maka kerajaan negeri Pahang akan bertukar termasuk merekayasa cerita kononnya 4 ADUN Pahang akan sertai PN jika mereka menang di Pelangai.

Namun apabila minggu kedua kempen tersebut semakin hambar di DUN Pelangai maka langkah terakhir parti pakar tebuk atap ini mengusung Mahathir ke sana dengan membawa jenama baharu iaitu “Kerajaan Menanti” bagi meneruskan agenda gila kuasa dengan cara mengelirukan rakyat.

“Kerajaan Menanti” atau Government in waiting” adalah parti politik atau gabungan parti politik yang berharap akan dipilih pada pilihanraya umum penggal seterusnya apabila parlimen dibubarkan dan bukannya kumpulan parti politik yang sentiasa menipu dan mengelirukan pengundi termasuk keputusan pilihanraya DUN boleh mengubah landskap politik negara. Malah keputusan pilihanraya kecil parlimen yang jauh perbezaan angka untuk menumbangkan kerajaan Pusat juga dijadikan bahan menipu pengundi.

Apa yang mereka kejar sebenarnya? Mereka seolah mengejar masa bimbang akan berada di sebalik jeriji penjara?

Timbul juga pertanyaan. Ketika Mahathir menjadi Perdana selepas menang PRU14, siapa yang mendapat DNAA atau lepas dan bebas? Begitu juga selepas Muhyiddin naik menggantikan Mahathir, ada yang mendapat laba? Dan pastinya bukan rakyat menjadi keutamaan.

Rakyat tidak mendapat pendidikan percuma seperti yang dijanjikan. Hutang PTPTN tidak dihapuskan malah terlalu banyak janji kepada rakyat tidak ditunaikan seperti hari ini mereka memekak menjerit menyalahkan Anwar tidak tunaikan janji. Sedangkan janji-janji tersebut adalah kesepakatan mereka ketika menghadapi PRU14 lagi dan bukannya PRU15.

Apa yang PN janjikan integriti jika Muhyiddin gagal memanggil menantunya pulang bagi menghadapi pertubuhan merompak wang rakyat.

Apa integritinya jika anak sendiri menjadi ketua kartel merompak minyak masak peket yang dibuat untuk rakyat.

Apa integriti jika menang dengan cara merasuah pengundi dan pak cik “wallahi” hilang sampai ke hari ini.

Apa integriti jika REE yang ada di bumi sendiri dicuri secara berleluasa.

Pengundi Pelangai dan rakyat Malaysia, jangan dibodohkan selamanya.

Lain kali Muhyiddin jangan terlalu menghina dengan menggelarkan Anwar dengan jolokan “PM Tepi”. Akhirnya beliau sendiri sedikit demi sedikit diketepikan oleh Mahathir di dalam Perikatan Nasional.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *