November 18, 2024

Hari ini sebenarnya himpunan haram berlaku sewenangnya. PDRM sendiri semalam melalui sidang media dari Bukit Aman dengan tegas mengatakan pihak penganjur gagal memenuhi syarat permohonan permit dan antaranya adalah tiada dinyatakan dengan jelas di mana lokasi himpunan akan diadakan.

Awalnya di hadapan Sogo, kemudian dikatakan berpindah ke Bukit Bintang dan akhirnya ke lokasi Masjid Kampung Baru.

Apa yang terjadi hari ini, penganjur ini hanya berlakon. Bermula dengan solat Zohor di Kampung Baru dan berarak ke Balai Polis Dang Wangi menggunakan alasan “membuat laporan polis terhadap kes DNAA Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi”. Dan apa yang dijangka berlaku sememangnya berlaku, di hadapan Sogo jugalah tempat kumpulan ini menabur fitnah keputusan mahkamah terhadap Zahid(DNAA).

Jelasnya, ini hanyalah bentuk provokasi murahan tetapi berbahaya kerana maklumat samada sengaja direka atau tidak memahami kenapa mahkamah membuat keputusan melepas tanpa membebaskan Zahid dimanipulasi dengan jeritan dan pekikan ceramah murahan yang tidak berfakta.

Menggunakan doktrin bahaya bahawa “bagaimana individu yang didakwa dengan 47 pertuduhan rasuah boleh lepas, mustahil satu pun tidak sangkut”.

Keputusan mahkamah ini telah dipolitikkan. Mereka meludah ke muka sendiri jika diamati dan dibuat perbandingan mudah dengan teliti terhadap kes Shahidan Kasim yang didakwa mencabul gadis di bawah umur. Kes Shahidan ini juga DNAA, dilepaskan tanpa dibebaskan. Tidakkah kumpulan anti Zahid tidak boleh berfikir dengan matang, kenapa alasan mahkamah membuat keputusan terhadap kes Shahidan adalah DNAA? Kenapa tidak dilepas dan dibebaskan sahaja sedangkan pengadu telah menarik balik dakwaan beliau dicabul? Jawapannya mudah, kumpulan ini adalah kumpulan musuh Zahid, UMNO dan Anwar serta Pakatan Harapan.

Mereka menyebar fitnah dengan mengatakan Zahid dituduh dengan 47 pertuduhan rasuah juga salah sama sekali.

Sebenarnya, dari 47 pendakwaan tersebut hanya 8 sahaja pertuduhan rasuah dan itu pun ketika saksi dipanggil oleh pihak pembela, kesemua saksi hairan kenapa dikatakan rasuah sedangkan sumbangan yang mereka berikan adalah untuk kegunaan pembinaan masjid, tahfiz dan termasuk kepentingan program Islam yang lain.

Bakinya adalah, 12 pertuduhan pecah amanah yang mana hampir keseluruhan dana kepada Yayasan Akal Budi adalah wang dari poket Zahid sendiri.

Dan 27 pertuduhan AMLA, di mana segala transaksi kewangan adalah melibatkan firma guaman Lewis&Co. Keputusan ini dibuat setelah Zahid menyedari berlakunya transaksi tidak cermat oleh pegawai beliau yang menguruskan perbelanjaan selama ini. Contohnya meniru tandatangan Zahid pada cek dengan menggunakan rubberstamp dan ini dibuktikan oleh pakar kimia.

Pemegang amanah Yayasan Akal Budi juga telah memberi keterangan bahawa mereka menyedari setiap transaksi yang berlaku dan apa sahaja keputusan perjalanan Yayasan Akal Budi.

Pihak PDRM dan yang berkaitan wajib membendung perbuatan menyebar maklumat yang salah ini kerana ianya terkandung di dalam undang-undang negara.

Selamatkan Malaysia dari kumpulan yang tidak berani memaksa penjenayah pulang ke Malaysia. Penjenayah yang kaya raya boleh melarikan diri, rakyat mencuri wang RM20 tidak mampu untuk meniru langkah menantu Muhyiddin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *