Siri kempen pilihanraya kecil kerusi Parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram terus dicemari dengan naratif fitnah yang sengaja dibina oleh Perikatan Nasional.
Samada penceramah dari bekas pemimpin UMNO yang kecewa kerana nafsu tidak dipenuhi atau penceramah yang kononnya bertaraf ustaz. Kesemuanya menyusun fitnah terhadap Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan PM Anwar Ibrahim termasuk memperlekehkan ‘tafsiran’ Kerajaan Madani.
Ada penceramah yang tanpa rasa bersalah mempertikaikan titah nasihat baginda YDPA supaya membentuk kerajaan perpaduan kerana tiada satu pun parti politik yang memperolehi majoriti mudah.
Ada juga yang terpaksa menunggang agama apabila memesongkan tafsiran ayat Allah dan hadis Nabi saw termasuk erti sebuah kemerdekaan.
Malah calon Pas yang mewakili Perikatan Nasional juga membawa kisah sedih bagaimana orang miskin terpaksa membeli ubat yang mahal tanpa menjelaskan perkara sebenar bahawa hospital kerajaan menyediakan ubat percuma dan alatan sokongan percuma kepada pesakit yang tidak berkemampuan.
Calon Pas PN, Mazri adalah seorang doktor pakar yang terhasil akibat kebijakan dasar kerajaan BN sehingga sekarang. Kenapa beliau hanya bercerita tentang kesusahan keluarganya tanpa menjelaskan bagaimana kerajaan BN membantu pelajar Melayu dan Bumiputra mendapat pembelajaran percuma sehingga tamat pengajian bagi yang cemerlang? Sehinggakan makan minum dan tempat tinggal di luar negara juga disediakan oleh Kerajaan BN dahulu.
Hidup jangan berbohong. Merdekakanlah diri dari akhlak buruk memfitnah tangan yang menyuap kamu sehingga kamu berjaya memperolehi gaji yang “super lumayan”. Apa tindakan membalas jasa? Melawan dengan menabur fitnah?