Kedua kerusi, Dun Simpang Jeram dan Parlimen Pulai bukan dari parti Pas. Ini membuktikan Muhyiddin tidak percaya bahawa Pas dan Gerakan akan diterima di Johor kerana kononnya sentimen agama ‘tidak laku’ di sini. PPBM dilihat ‘lebih Melayu’ dari Pas.
Arwah Datuk Seri Salahuddin Ayub(Amanah-PH) menang majoriti 20,989 undi mengalahkan Datuk Nur Jazlan Mohammed(BN) yang memperoleh 23,026 undi, manakala calon Perikatan Nasional (PN), Loh Kah Yong meraih 14,432 undi di kerusi Parlimen Pulai.
Di Dun Simpang Jeram pula arwah Datuk Seri Salahuddin Ayub menang dengan majoriti 2399 menewaskan calon PAS PN, calon dari BN dan calon dari Pejuang.
Hari ini di majlis pengenalan calon Muhyiddin dengan bangga meremehkan pengundi Cina dengan mengatakan bahawa di kedua kerusi ini, pengundi Melayu lebih utama.
Jika dilihat daripada keputusan pilihanraya umum dan negeri yang lalu, komponen Kerajaan Perpaduan tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan kedua kerusi tersebut.