September 19, 2024

Oleh Fatimah

IMEJ kononnya bersih , suci dan sebagainya sudah tidak sesuai dengan parti PAS yang dipimpin Hadi Awang. Tindakan PAS yang “menunggang agama” akhirnya memakan diri mereka sendiri apabila ramai pemimpin PAS terpalit dengan isu zina dengan isteri orang, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya.

Kini video memaparkan seorang pemimpin PAS di Pulau Pinang mengusir Presiden Gerakan Dominic Lau dari ceramah Perikatan Nasional di Sungai Dua pada Selasa menjadi satu lagi bukti kebiadapan pemimpin PAS.

Desakan agar PAS memohon maaf atas perkara tersebut semakin kuat kedengaran.

Walaupun Lau sebelum ini menafikan beliau diminta meninggalkan ceramah itu namun penjelasan beliau dilihat sekadar menutup kebiadapan PAS.

Lau mendakwa beliau pergi ke ceramah itu untuk berjumpa Presiden PAS Hadi Awang, yang meminta untuk berjumpa pada 9 malam. Bagaimanapun, Hadi hanya tiba pada 10.30 malam, dan Lau terpaksa meninggalkan acara itu untuk menghadiri mesyuarat lain di Bayan Lepas, di mana beliau bertanding sebagai calon pada PRN.

Timbalan Presiden Gerakan Oh Tong Keong menggesa PAS agar menjelaskan mengapa Lau diminta meninggalkan ceramah itu. Tindakan PAS itu menunjukkan rasa tidak hormat kepada timbalan pengerusi PN dan ketua PN Pulau Pinang itu.

Kini rakyat semakin sedar bahawa PAS tidak mewakili Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Islam itu berdiri dengan sendiri dan universal. PAS tidak menentukan siapa yang masuk neraka dan siapa yang masuk syurga. Itu adalah hak milik mutlak Allah s.w.t.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *