Jadi, kenapa perlu orang-orang UMNO menimbulkan konflik dengan PH?
Undilah BN-PH. Itu sahaja pilihan yang ada.
PRU16 lebih kurang 4 tahun ke hadapan. Dalam masa 4 tahun, macam-macam perkara yang tidak terjangkau akan berlaku, yang tidak perlu difikirkan sekarang.
Dalam politik, perubahan akan sentiasa berlaku.
Sebaliknya, jika UMNO gagal dalam masa terdekat ini, jangan haraplah PRU16.
Katakanlah PN menang besar dalam PRN nanti, ia akan memberi kesan yang dahsyat kepada UMNO.
Kerajaan akan terus bergolak, dan mungkin menghadapi kejatuhan. Jika kerajaan hari ini tumbang, umno akan menghadapi tekanan dan “penindasan” yang lebih teruk lagi.
Apa yang penting adalah keadaan terkini. Umno mesti terus selamat dan dapat memperkuatkan diri demi menghadapi apa-apa saja kemungkinan yang akan berlaku.
Jangan fikirkan sangat berkenaan DAP dan PKR. Tidak ada yang kekal dalam politik.
Mahathir dan Mahiaddin yang tidak sukakan PAS pun boleh berkerjasama untuk mencapai matlamat mereka.
Jangan fikir apa yang kita suka atau tidak, tetapi fikirlah apa yang sepatutnya kita pilih, walaupun ia tidak menggembirakan kita.