November 17, 2024

Melihat kepada poster perbandingan yang tersebar antara calon BN dari UMNO dan calon PN dari PPBM anda boleh menilai dengan cepat siapa yang lebih layak sebagai wakil kepada rakyat Kuang Selangor.

Pengalaman bermasyarakat, akademik dan pengalaman di dalam politik menunjukkan Dato Hasnal jauh meninggalkan calon dari PN.

Analisis mudah dan cepat ini berdasarkan apa yang ditunjukkan di dalam poster. Namun yang lebih penting, siapa sebenarnya berada di kawasan Kuang, kerana itulah faktor utama yang menjadi ukuran masyarakat Kuang untuk memilih pemimpin mereka pada 12 Ogos 2023 kelak.

Dato Hasnal adalah Ketua UMNO Bahagian Selayang dan Kuang adalah wilayah khidmatnya sedangkan Rafiq adalah Ketua Bahagian Bersatu Bahagian Sungai Buluh dan Kuang adalah bukan wilayah khidmat masyarakatnya.

Persoalan yang masih belum terjawap adalah kenapa Ketua Bahagian Bersatu Selayang tidak terpilih memandangkan bahagian ini yang menjaga Kuang?

Kenapa calon dari Sungai Buluh? Adakah Ketua Bahagian PPBM Selayang mempunyai masalah besar seperti masalah moral yang menyebabkan beliau tidak layak menjadi calon?

Bagaimana nasib rakyat Kuang sekiranya mendapat wakil rakyat yang bukan orang Kuang? Tinggal pun bukannya di Dun Kuang.

Bagaimana nasib rakyat Kuang untuk 5 tahun akan datang jika silap membuat pilihan?

Kuang untuk Kuang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *