December 18, 2024

Konsep kesepakatan atau kerjasama di dalam politik adalah seumpama mencari rakan kongsi bagi pengembangan perniagaan ke arah yang lebih besar saiznya.

Sebelum terbentuknya usahasama antara pihak yang terlibat tentulah ada syarat yang perlu dipersetujui bersama supaya tiada gendala di tengah jalan yang boleh merosakkan perancangan yang sudah dibuat.

Begitu juga dengan kerjasama politik ke arah pembentukan pasukan pengurusan kerajaan yang bakal menjaga kebajikan rakyat dan kemakmuran sesebuah negara atau negeri, mestilah mempunyai gandingan yang ‘menang-menang’ kerana apa juga perlaksanaan adalah untuk rakyat mendapat manfaat.

“Pelik, mereka buat boleh, kita buat tidak boleh” kata Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Undang-Undang Reformasi dan Institusi) yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Mahathir dan Muhyiddin boleh bekerjasama dengan Dap ketika pilihanraya umum ke-14 dan mereka menang. Tiba-tiba sekarang UMNO BN tidak boleh untuk bersama masuk gelanggang di 6 pilihanraya negeri?

Ini seolah-olah, orang Johor tidak boleh berniaga nasi dagang dan nasi kandar kata DS Azalina. Orang Johor kena jual makanan Johor sahajakah?

Dulu tiada ayat “Melayu, Islam terancam sebab Dap..kenapa sekarang ayat provokasi ini disebar luaskan?”

“Dulu boleh bekerjasama dengan Dap sebab ketika itu Mahathir ingin menjadi Perdana Menteri?”

Rakyat boleh menilai siapa yang betul-betul pedulikan rakyat dan parti mana yang berpolitik sepanjang masa hinggakan kebajikan rakyat terabai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *