MENURUT YB Datuk Rais Yasin yang juga Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim, sebaran perbualan berbaur lucah dan rasuah projek melalui aplikasi WhatsApp bermula ketika musim pemilihan UMNO baru-baru ini.
Beliau yang baru sahaja pulang dari bercuti membuat kenyataan di hadapan media bahawa itu semua adalah fitnah dan perbuatan musuh politiknya.
Datuk Rais juga merupakan Adun Paya Rumput Melaka (UMNO/BN) turut menyatakan terima kasih YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kerana memngeluarkan kenyataan awal dengan menafikannya.