October 17, 2024

YB Dr Akmal Saleh, ADUN Merlimau yang juga bekas EXCO Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Melaka ketika ditanya oleh wartawan tentang kedudukan dirinya, beliau menegaskan bahawa beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Ketua Menteri ke-13, YAB Dato’ Sri Ab Rauf Yusoh.

Ramai yang melihat bagaimana reaksi yang sama telah diberikan oleh kesemua ADUN dan juga Exco yang lain. Bagi mereka yang penting bagaimana UMNO BN telah membuktikan transisi jawatan tertinggi bagi pentadbiran Melaka ini berlaku dengan sempurna.

Dr Akmal mengesahkan apa yang diperjelaskan oleh YAB Ketua Menteri yang baharu bahawa selama ini keadaan politik yang paling stabil di Malaysia adalah di Melaka.

“Dulu baik, sekarang ini lebih baik” kata Dato Sri Rauf ketika menjelaskan suhu politik negeri Melaka. Jika UMNO-BN tidak berada di dalam keadaan paling stabil bagaimana UMNO-BN boleh menang 2/3 majoriti kerusi DUN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *