December 19, 2024

TIDAK pasti Takiyuddin Hassan, SU Agung Pas ini mempunyai kelulusan perundangan di dalam pengkhususan apa.

Beliau tidak berada di dalam senarai “top” peguam di negara ini baik di bahagian jenayah atau pun bidang yang lebih mencabar dari peguam hartanah.

Hari ini Takiyuddin menyerang Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan membuat penafsiran yang jauh tersasar apabila bertindak menyamakan kedudukan penjawat awam dengan jawatan lantikan politik termasuk jawatan PM, TPM menteri kabinet dan timbalan menteri.

Ahli parlimen Jelutong dari blok kerajaan cuba mencelah bahawa Takiyuddin sudah tersasar jauh mengenai penghinaannya terhadap Zahid. Menurut ahli parlimen Jelutong, Rayes yang juga seorang pengamal undang-undang bahawa seseorang yang belum bersalah selagi tidak dijatuhkan hukuman bersalah. Namun kerana kedangkalan, Takiyuddin terus menerus menyerang Zahid.

Pemahaman yang sebegitu mudah tentang perbezaan penjawat awam dengan ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri gagal difahami oleh Takiyuddin.

Contoh mudah yang gagal difahami oleh Takiyuddin, jika ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri itu penjawat awam maka seorang guru tidak perlu meletakkan jawatannya untuk menjadi calon bagi bertanding di pilihanraya. Malah bolehkah ahli parlimen dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara? Sudah tentu tidak boleh kerana penjawat awam ada keterikatan dan skim serta gran kenaikan pangkat dan gaji mengikut jumlah tahun beliau berkhidmat.

Jika ahli parlimen adalah penjawat awam, bagaimana dengan kedudukan ahli parlimen Wan Saiful Wan Jan? Adakah setelah beliau didakwa maka beliau perlu kosongkan kerusinya?

Takiyuddin mungkin lupa bahawa syarat untuk menjadi PM, TPM dan anggota kabinet adalah perlu menjadi ahli parlimen terlebih dahulu atau dilantik sebagai senator. Bukannya jawatan tersebut boleh diisi oleh mana-mana penjawat awam begitu sahaja.

Kita tentu tidak lupa bagaimana Takiyuddin melakukan kesilapannya mengumumkan Proklamasi Darurat ditamatkan pada 1 Ogos 2022 tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong. Ketika ini Takiyuddin merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) di bawah kerajaan Tebuk Atap pimpinan Muhyiddin Yassin. Sepatutnya beliau berkata bahawa kerajaan sedang mendapatkan perkenan YDPA untuk tidak meneruskan Proklamasi Darurat. Akibat tafsiran yang lemah ini maka telah memberi implikasi besar pada kerajaan pada ketika itu.

Menurut sumber, pihak istana begitu murka dengan Takiyuddin yang akhirnya apabila Ismail Sabri menjadi PM9, Takiyuddin tidak lagi berada di posisi tersebut, “demoted” atau “turun pangkat”.

Paling memalukan, Takiyuddin menyerang Zahid bersandarkan laporan berita portal internet dan bukannya membuat “homework” sebagai seorang peguam.

Lemahnya Takiyuddin di dalam penafsiran undang-undang negara. Macaman beliau jadi peguam?

1 thought on “Cubaan menghina Zahid: Takiyuddin punyai rekod buruk penafsiran undang-undang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *