December 18, 2024

PERWAKILAN berjaya bendung rasuah berskala mega dengan membuat keputusan yang bijak.

Segala kemungkinan boleh berlaku. Adengan “wallahhi saya undi..” akan terjadi dan amalan jenayah rasuah ini tidak mampu disekat sekiranya jawatan utama parti dibenarkan bertanding apabila secara terang-terangan boleh dilihat geng broker Muhyiddin menyerang presiden parti.

Geng broker cuba mainkan persepsi konon Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi takut kalah maka dipaksanya perwakilan supaya membawa usul supaya jawatan nombor satu dan dua parti tidak dipertandingkan.

Sebenarnya geng broker marah kerana mereka melihat peluang untuk menang dengan cara merasuah perwakilan disekat. Orang pertama dari geng broker yang berada di luar UMNO tiba-tiba menyerang Zahid adalah Shahidan Kassim.

Shahidan adalah budak suruhan Muhyiddin melalui Ismail. Shahidan juga banyak duit setelah didedahkan oleh Anwar tentang sahamnya di dalam Bernas bernilai RM400 juta. Shahidan juga mesti berdendam dengan Zahid kerana memecatnya dari UMNO. Shahidan ada motif balas dendam.

Duit tidak menjadi masalah bagi geng broker, Annuar Musa sendiri mengakui bahawa di dalam bilik tidur Muhyiddin Yassin ada berpuluh juta ringgit. Beliau melihat sendiri wang tersebut ketika datang bertemu Muhyiddin dengan alasan meminta wang bagi pihak UMNO untuk pilihanraya negeri Sabah dan Muhyiddin memberi duit berpuluh juta ringgit, timbul persoalan, berapa jumlah sebenar yang diambil dan berapa yang diberikan dan kepada siapa?

Duit sebanyak itu boleh membeli undi perwakilan sekiranya ada pemilihan dan geng broker akan berbuat apa sahaja supaya mereka boleh menebuk atap kerajaan lagi sekali. Motif utama adalah membawa UMNO keluar dari kerajaan Anwar.

Kini Muhyiddin dalam “hot soup” apabila sepupu kepada menantunya sudah ditangkap dan direman oleh SPRM bagi kes penyelewangan dana rakyat berjumlah RM92.5bilion.

Menurut sumber, dari jumlah itu, suspek jenayah rasuah mengenakan komisyen antara 3-5% dari setiap nilai projek yang mereka agihkan.

Nilai komisyen lebih kurang RM5bilion dan separuhnya telah digunakan untuk pru15, bakinya lebih dari cukup untuk memberi rasuah kepada 80% perwakilan. Ini adalah andaian untuk menguasai sesebuah parti politik dengan duit rasuah.

Bertanding pada penggal lepas geng broker kalah. Mungkin tanpa rasuah dan kali ini apakah lawan tangan kosong juga?

Bos geng broker sedang bertelanjang, tetapi tiada siapa berani menegurnya kerana mereka mengharapkan upah berjalan bila adanya pertandingan.

Biar bos berbogel asal poket mereka penuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *