December 18, 2024

Berhutang bukan suatu perkara yang keji tetapi sifat tidak jujur terserlah apabila calon PN yang ditanya oleh media atau wartawan samada benarkah beliau berhutang dengan “Ah Long Berlesen” (sumber fb Abdul Rani Kulup Fans) dan beliau mengelak untuk menjawab.

Isu tersebar mengatakan calon PN berhutang dengan “Ah Long Berlesen” dan sepatutnya calon PN noktahkan isu ini dengan jawapan yang mudah, “Ya” atau “Tidak” di hadapan wartawan tetapi sebaliknya calon PN memilih untuk memberi jawapan “No Comment”.

Sebelum ini calon PN juga dilihat tidak mampu untuk memberi respon segera di hadapan wartawan berhubung isu pencapaian akademik beliau dan sekarang beliau memilih untuk tidak menjawab. Adakah beliau diarahkan supaya tidak menjawab jika ada soalan berbentuk masalah peribadi atau menjawab kemudian.

Jika dibandingkan dengan calon PH, Pang Sock Tao walaupun nampak gementar dengan soalan terjah, tetapi beliau tidak ada sebarang masalah untuk berterus-terang dengan wartawan atau soalan langsung dari penduduk di situ.

Isu tidak menjawab bukanlah suatu perkara yang besar tetapi isu berhutang dengan “Ah Long Berlesen” ini adalah isu yang wajar diberi perhatian oleh pengundi.

Jika sebelum menjadi wakil rakyat sudah menjadi pelanggan “Ah Long Berlesen” bagaimana selepas menjadi wakil rakyat?

Adakah calon PN takut akan ada soalan susulan jika beliau menjawab “Ya”?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *